"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, May 22, 2009

Erti Sebuah Tangisan - Artikel 21/2009 - Tarikh : 22 Mei 2009 / 27 Jamadilawal 1430 H

“...dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”(an-Najm:43)


Menurut Ibn Qayyim, terdapat sepuluh jenis tangisan iaitu:
1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana terikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik; pura-pura menangis.


Allah telah menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu.
Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.


Tangis tercela atau terpuji?
Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa lalu atau tangis kerana takutkan azab Allah.


Tangisan memadamkan api Neraka
“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan api neraka.” Air mata taubat Nabi Adam a.s yang menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana takut terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud kepada Allah di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandib. Dari air mata itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu lagi kuat dia menangis. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam, sesungguhnya belum pernah (Kami) menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”


Air mata yang tidak dituntut
Jangan menangis jika tidak tercapai cita-cita. Jangan menangis ketika menonton filem yang Cuma lakonan. Jangan menangis kerana cinta tidak berbalas kerana mungkin dia bukan jodoh kita. Jangan menangis jika gagal mendapat pekerjaan, mungkin kerana kita kurang membuat
persediaan. Jangan menangis jika wang kita hilang di jalanan, mungkin kerana kita kurang
bersedekah dan beramal. Jangan menangis jika tidak dinaikkan pangkat, yakinlah rezeki itu
adalah pemberian Tuhan.


Dari itu, simpanlah air mata sebagai bekalan untuk menginsafi diri di atas segala kecuaian diri,
segala dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengelamkan hati hingga sukar untuk
menerima hidayah dari Allah SWT. Serulah air mata itu dari tempat persembunyiannya di balik
kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali (merah sihat
tanpa kekotoran) dan semoga ia dapat melebur dosa-dosa kita.


Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Ada dua jenis mata yang tak tersentuh api neraka iaitu
mata yang menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga
pasukan fi sabilillah di waktu malam.”


Berkata Salman Al-Farisi r.a, “Aku menangis kerana tiga perkara:
1) Berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu sama ada akan diperintahkan ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah s.a.w bersabda: ”Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:
1) Apabila dahinya berpeluh.
2) Air matanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Perkara tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat. (riwayat dari Salman Al-Faarisi)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara:
“Wajah mu dengan linangan air mata keinsafan, Lidah mu basah dengan berzikir kepada Pencipta mu, Hati mu takut dan gementar kepada kehebatan Tuhan mu, dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Yang Memiliki mu.”

SUMBER : http://naimah271.blogspot.com/

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Erti Sebuah Tangisan)

Friday, May 15, 2009

Fadhilat Solat Jumaat - Artikel 20/2009 - Tarikh : 15 Mei 2009 / 20 Jamadilawal 1430 H

Allah Azza Wa Jalla berfirman : “Apabila kamu diseru (dipanggil) untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingati Allah (solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli...” (Q.S Al-Jum’ah:9)

Maka haram hukumnya menyibukkan diri dengan segala urusan dunia sehingga meninggalkan solat Jumaat. Rasullulah SAW bersabda : “Telah diwajibkan atas kamu solat Jumaat di hari ku ini dan di tempatku ini”.

Dan baginda bersabda, “Siapa meninggalkan solat Jumaat tiga kali tanpa uzur, maka Allah telah mengecap hatinya.”

Seseorang bertanya kepada Ibnu Abbas tentang lelaki yang mati tidak pernah menghadiri solat Jumaat mahupun jemaah. Ia berkata, “Neraka untuknya.”

Dalam suatu Hadis : “Ahli kitab telah diberi hari Jumaat, namun mereka berselisih saja pada hari itu maka mereka meninggalkannya. Dan Allah menunjukkan kami kepadanya dan mengakhirkannya untuk umat ini serta menjadikannya sebagai hari raya merekalah manusia yang paling hak mendahuluinya, sedangkan ahli kitab itu hanya mengikut mereka saja.”

Dalam Hadis Anas ra, dari Nabi SAW, baginda bersabda: “ Jibril datang kepada ku. Di tangannya membawa kaca putih dan katanya, ‘Inilah solat Jumaat yang telah diwajibkan oleh Tuhan Mu agar menjadi hari raya bagi kamu dan segenap umat mu sepeninggalan mu.’ Aku bertanya, ‘Apakah yang ada pada kami di situ?’ Dia menjawab, ‘Untuk kamu ada masa di mana jika orang memanjatkan doa memohon suatu kebaikan, jika telah diberikan untuknya, maka Dia akan memberikannya dan jika tidak diberikan untuknya, maka Allah akan menyimpan saja untuknya. Atau bila dia mohon perlindungan dari keburukan yang telah tertulis untuknya, maka Allah akan melindunginya dari yang lebih besar daripada itu. Itulah Saidatul Aiyam bagi kita dan kita akan memohon kepada Nya di akhirat nanti hari tambahan’ Aku berkata, ‘Dan kerana Dia berfirman, Sesungguhnya Tuhan mu telah menjadikan di Syurga telaga yang lebih wangi daripada misik putih. Manakala pada hari Jumaat, Allah SWT turun dari `illiyyin di atas Kursi Nya, menampakkan kepada mereka sehingga mereka boleh memandang kepada wajah Nya yang mulia’ ”

Juga Rasulullah SAW bersabda : “Hari yang terbaik di mana matahari terbit di situ adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam as diciptakan, pada hari itu pula dia meninggal dan pada hari itulah terjadi Kiamat. Ia di sisi Allah merupakan hari tambahan (Yaumul Mazid) sebagaimana para Malaikat menyebutnya. Dan itulah hari di mana ahli Syurga memandang kepada Allah SWT.” Dalam hadis juga, “Sesungguhnya bagi Allah SWT, pada setiap hari Jumaat, ada seratus orang yang dimerdekakan dari seksa Neraka”

Dalam riwayat Anas ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Jika selamat hari Jumaat maka selamatlah hari-hari lain.” Lagi, baginda bersabda, “Sesungguhnya Neraka Jahim menyala-nyala pada setiap hari sebelum tergelincir matahari, ketika matahari tegak di jantung langit, maka janganlah kamu solat saat itu, kecuali hari Jumaat. Sesungguhnya ia (boleh) untuk solat semuanya. Dan Neraka Jahanam tidak menyala pada hari itu.”

Kaab mengatakan, “Sesungguhnya Allah SWT telah mengutamakan Makkah dari negeri-negeri yang lain dan Ramadhan dari bulan-bulan yang lain serta Jumaat di antara hari-hari yang lain dan Lailatul Qadar di antara malam-malam yang lain.”

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari fitnah kubur”

SUMBER :
PENENANG JIWA DARI KITAB MUKASHAFAH AL QULUB
DITULIS OLEH IMAM AL-GHAZALI, TERJEMAHAN OLEH MUHAMMAD QADIRUN NUR
BAB 93 - FADHILAT SOLAT JUMAAT HALAMAN 384
TERBITAN WHOLESALE MART BUSINESS POINT SDN BHD


(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Fadhilat Solat Jumaat)

Thursday, May 14, 2009

Kenapa Yahudi Memusuhi Hamas? - Artikel 19/2009 - Tarikh : 8 Mei 2009 / 13 Jamadilawal 1430 H

Mengapa dan kenapa Israel-Yahudi serta Amerika SANGAT memusuhi Hamas? Hamas yang ramai tinggal di GAZA. Mengapa dan kenapa Israel-Yahudi serta Amerika TIDAK memusuhi Fattah dan PLO? Fattah yang ramai tinggal di Tebing Barat. Jawapan spontan..... .kerana Hamas pimpinan Ismail Hanieya berjuang di atas dasar dan nama Islam. Manakala PLO dan Fattah pimpinan Mahmud Abbas berjuang di atas dasar dan nama perkauman Arab.

Tahun penubuhan Gerakan Pembebasan Bumi Palestin:
1- Fatah (1959).
2- PLO (Palestine Liberalisation Organisation )(1964).
3- HAMAS (1987).


*PLO termasuklah kumpulan Fattah berjuang di atas dasar kebangsaan Arab dan bertujuan membentuk negara sekular Palestin.
*PLO diiktiraf oleh Israel hanya selepas tercetusnya Intifadah (1987).
*PLO semakin lemah dan ditekan untuk berdamai dengan Israel.
o Lebih buruk lagi apabila PLO di bawah pimpinan Yasser Arafat menjual maruah perjuangan dan bumi Palestin DENGAN Termetrinya perjanjian Oslo (Gaza-Jericho) pada 13 Disember 1993 di Washington dengan kerajaan Israel pimpinan Yitzhak Rabin.

Intifadah/kebangkit an umat Islam terus memuncak setelah intifadah yang pertama(1987). Iaitu intifadah yang ke 2 tahun 2002. Ramai pimpinan Hamas yang mati syahid termasuklah as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

HAMAS MENANG DALAM PILIHANRAYA UMUM PALESTIN

* Takdir ALlah Yang Maha Perkasa; Hamas yang diasaskan pada ketika intifadhah pertama (1987) telah membuat kejutan pada PR 25 Jan 2006 dengan menguasai 60% dari kerusi yang dipertandingkan. Maka kecundanglah parti Fattah pimpinan Mahmud Abbas.
* Kemenangan HAMAS menggusarkan Israel kerana:
o Pilihan Raya disahkan adil dan bebas oleh pemerhati PR (diketuai oleh mantan Pres USA- Jimmy Carter)
o % keluar mengundi tinggi
o Ini bermakna, majoriti rakyat Palestin menyokong polisi HAMAS yang tidak mahu mengiktiraf Israel dan menolak `perjanjian damai` yang berat sebelah.

TEKANAN KE ATAS KERAJAAN ISLAM HAMAS

§ Menekan Kerajaan Palestin baru yg dibentuk oleh HAMAS.
§ Menghalang bantuan makanan, ubatan dan wang ringgit dari masuk ke Palestin.

* Tuntutan mereka(yahudi- amerika):
§ HAMAS melucutkan senjata (ingat Sabra Shatila)
§ Mengiktiraf Israel
§ Menghormati semua perjanjian yang di tandatangani di antara Palestine Authority sebelum ini dengan Israel.

SIKAP DAN PENDIRIAN HAMAS

HAMAS menolak semua tuntutan tetapi menuntut gencatan senjata serta perbincangan semula diadakan mengenai persoalan kedudukan Baitul-Maqdis, nasib 5 juta pelarian Palestin DAN penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin dan pengunduran Yahudi kepada kedudukan sebelum Perang 1967 (resolusi PBB 242 dan 338).

SEBAB HAMAS TIDAK IKTIRAF NEGARA ISRAEL

- Memperaku penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin.
- Menghalalkan semua jenayah keji/kemanusiaan yg telah dilakukan ke atas rakyat Palestin.
- Mengkhianati lebih 5 juta pelarian Palestin yang tidak dibenarkan pulang
- Merestui hasrat yahudi untuk mengambil alih Baitul Maqdis dan meruntuhkan Masjidil Aqsa.

HAMAS TERUS DIMUSUHI kerana.....

- Perjuangan HAMAS melalui seruan jihad, tidak mengiktiraf Israel dan disokong oleh majoriti penduduk Palestin amat menggerunkan Israel
- Hasrat untuk menghancurkan kerajaan HAMAS melalui perang saudara dengan FATAH masih belum jadi kenyataan
- Hasrat untuk menghancurkan kerajaan HAMAS melalui sekatan ekonomi juga masih belum tercapai.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada sahabat-sahabat kita pejuang Hamas dan mengurniakan kemenangan

SUMBER : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/01/kenapa-yahudi-memusuhi-hamas.html

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Kenapa Yahudi Memusuhi Hamas?)

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…