"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, March 26, 2010

Antara Al-Qur'an Dan Kereta Sport - Artikel 12/2010 - Tarikh : 26 Mac 2010 / 10 Rabi'ul Akhir 1431 H

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnyakepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.

Beberapa bulan berlalu. Ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Suatu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya. Sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima. Sungguh... Bukan itu yang ku hajatkan.

Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya. Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka. “Apa makna semua ini???” Sebuah Al-Qur’an kecil; comel dengan kulit tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak. Nafsu mudanya bergelojak. “Ayah sengaja mempermainkan saya. Ayah bukannya tidak tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah tidak mampu untuk membelikannya. Sudah ayah... bukan Al-Qur’an ni yang saya nak...” katanya keras. Al-Qur’an itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya untuk memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.

Sepuluh tahun berlalu. Si anak kini merupakan seorang yang berharta. Punyai syarikat sendiri dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh. Sudah 10 tahun sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri, telefonnya berdering dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta.

Buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa si anak pulang ke banglo ayahnya sambil memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak. Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya Al-Qur’anyang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan2 langkahnya menuju ke situ mengambil Al-Qur’an itu lalu membelek2-nya dengan penuh keharuan...

Tiba-tiba, jatuh sesuatu dari Al-Qur’an itu segugus kunci. Di muka belakang Al-Qur’an itu terdapat sebuah sampul surat yang ternyata diselotepkan sahaja di situ. Kunci itu segera dipungut. Hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya yang dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini. “Hadiah teristimewa untuk putera kesayangan ku...” Air mata si anak menitis deras. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang. Namun semuanya sudah terlambat. Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati??



Friday, March 19, 2010

Solat Sunat Hajat - Artikel 11/2010 - Tarikh : 19 Mac 2010 / 3 Rabi'ul Akhir 1431 H

MAKSUD SOLAT :
Solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah swt sama ada ingin mendapat sesuatu kebaikan atau menolak sesuatu keburukan

HUKUM : Sunnat

TUJUAN SOLAT SUNAT HAJAT
  1. Mengakui kelemahan diri serta memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT
  2. Melatih diri sentiasa berharap kepada pertolongan Allah swt sama ada ketika senang atau susah
  3. Memohon hajat untuk diri sendiri dan orang lain
  4. Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  5. Mengimbangi jiwa supaya reda menempuh sebarang ketentuan Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW: "Masa yang paling dekat antara hamba dengan tuhannya ialah ketika sujud. Oleh itu Perbanyakan berdoa"

Waktu untuk menunaikan Solat Hajat :
Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll. Walau bagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam/separuh malam.
  • Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha & ikhtiar
  • Salah satu dari usaha & ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat & cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar
Hajat yang dipohon:
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan.

Hajat yang tidak harus dipohon:
Memohon sesuatu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT
  1. Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
  2. Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
  3. Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
  4. Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
  5. Tidak putus asa dengan takdir Allah
  6. Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insya-Allah)
Bentuk-bentuk Hajat berserta Contoh-contoh :
  1. Mendapat sesuatu kebaikan duniawi, cth : Cemerlang dalam kerjaya, dimurahkan rezeki, keharmonian masyarakat dan keamanan negara
  2. Mendapat sesuatu kebaikan ukhrawi, cth : Menjadi orang yang istiqamah dalam beribadat
  3. Dijauhi daripada keburukan duniawi, cth : Gagal dalam kerjaya, penyakit, kemelesetan ekonomi dan pencerobohan musuh negara
  4. Dijauhi daripada keburukan ukhrawi, cth : Perbuatan maksiat,kemungkaran dan gejala sosial dalam masyarakat
TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN APABILA PERMOHONAN DIMAQBULKAN
  1. Bersyukur dengan memuji Allah dan mengerjakan sujud syukur
  2. Menggunakan anugerah Allah yang diperoleh untuk kita menambah amalan kebajikan seperti bersedekah, membuat jamuan kesyukuran atau membantu orang yang memerlukan bantuan
  3. Bersikap merendah diri
  4. Istiqamah melakukan solat
  5. Membanyakkan lagi solat hajatMemohon keampunan Allah
TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN APABILA PERMOHONAN TIDAK DIMAQBULKAN
  1. Tidak berputus asa melakukan solat sunat hajat
  2. Meyakini bahawa Allah SWT tetap memberi pahala pada hari akhirat atas solat hajat yang dilakukan
  3. Bertawakal kepada Allah SWT dan meyakini bahawa Allah akan memakbulkan permohonannya pada masa akan datang
  4. Bertaubat kepada Allah SWT kerana mungkin permohonan tidak dimakbulkan akibat dosa yang dilakukan

Friday, March 12, 2010

Diet Rasulullah - Artikel 10/2010 - Tarikh : 12 Mac 2010 / 26 Rabi'ul Awal 1431 H

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
  • Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  • Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
  • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
  1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
  5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
    Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Friday, March 5, 2010

Saham Akhirat - Artikel 9/2010 - Tarikh : 5 Mac 2010 / 19 Rabi'ul Awal 1431 H

Pernah kah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini :
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah…

“Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'." Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini: "Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernah kah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini : "Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok." Atau... "Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!! Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah, tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi. Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini : 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isyak

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isyak
8 : Solat Tahajud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul". Talian terus, tanpa Operator, tanpa Perantara, dan tanpa bil. Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya. Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut" . 7 Kalimah ALLAH:
  1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
  4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat... mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…