"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Thursday, May 27, 2010

Mengumpat - Artikel 21/2010 - Tarikh : 27 Mei 2010 / 13 Jamadilakhir 1431 H


Mengumpat adalah satu perkara yang amat ditegah dan diharamkan di sisi Allah dan Allah meminta hamba-Nya supaya menjauhi perlakuan tersebut. Tetapi malangnya perlakuan ini seolah-olah telah menjadi satu kebiasaan oleh masyarakat masa kini terutama golongan wanita khususnya. Tanpa disedari kesan daripada mengumpat adalah sangat buruk ia adalah kerana ia boleh mencemarkan kehormatan dan keharmonian umat Islam. Allah S.W.T juga telah memberikan amaran ke atas perlakuan mengumpat.


Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Surah Al-Hujurat Ayat-12)

Maksud Mengumpat Dalam Sabda Rasulullah S.A.W :
"Adakah kamu tahu, apakah yang dikatakan dengan mengumpat itu?" Mereka menjawab, "Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui." Sabda Baginda, ialah kamu menceritakan tentang saudara kamu sesuatu yang dia tidak suka. Ada sahabat yang mengatakan,"Apa pandangan tuan, kalau sekiranya apa yang saya ceritakan itu memang terdapat pada saudara saya itu?." Sabda Baginda, "Sekiranya apa yang kamu katakan itu memang ada pada saudara kamu, bermakna kamu mengumpatnya dan jika tidak ada, bererti kamu membohonginya."

(Sahih, Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis ini dapat difahami bahawa yang dikatakan mengumpat adalah menceritakan tentang perihal saudara anda sesuatu yang dia tidak suka apabila mendengarnya, sama ada yang menyentuh tubuh badan, agama, dunia, diri, akhlak, mahupun bentuk kejadiannya. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk. Antaranya ialah anda menceritakan keaibannya atau meniru sesuatu perbuatannya dengan tujuan mempersendakannya. Malangnya masyarakat masa kini terlalu mengambil ringan di dalam perkara mengumpat ini, walaupun ia adalah sesuatu perkara yang jelek dan buruk di sisi Allah S.W.T. Ini dapat dibuktikan dengan sabda Rasulullah S.A.W :

"Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling rendah sekali dosanya seperti seorang lelaki menyetubuhi ibunya sendiri dan riba yang paling teruk sekali ialah seorang lelaki mencemarkan kehormatan saudaranya sendiri."

(Sahih, Riwayat Al-Tabrani)
Wajib ke atas seseorang yang hadir di dalam sesuatu majlis mencegah perkara mungkar dan mempertahankan saudaranya yang diumpat. Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk
berbuat demikian. Sabda Baginda :
"Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya, Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka, pada hari kiamat kelak."

(Sahih, Hadis Riwayat Ahmad)

Friday, May 21, 2010

Malaikat Suka Duduk Di Majlis Zikir - Artikel 20/2010 - Tarikh : 21 Mei 2010 / 7 Jamadilakhir 1431 H

Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Allah Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia. Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit.

Lalu Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikat Ku, dari manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hamba Mu di bumi, mereka bertasbih, takbir, tahlil dan tahmid serta memohon kepada Mu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikat Nya, maka Allah SWT pun berfirman: "Wahai para malaikat Ku, apakah yang mereka minta kepada Ku?" Berkata para malaikat: "Hamba-hamba Mu itu memohon syurga dari Mu." Allah SWT bertanya lagi: "Pernah kah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."

Berfirman Allah SWT: "Hamba-hamba Ku memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "Hamba Mu itu memohon kepada Mu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat lagi: "Pernah kah hamba-hamba Ku melihatkan neraka Ku itu?" Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hamba Ku itu tidak pernah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."

Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hamba Mu itu memohon ampun kepada Mu," Allah SWT berfirman: "Dengarlah wahai para malaikat Ku, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata: "Orang itu pun Ku ampuni, begitu uga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka."

Friday, May 14, 2010

Kelebihan Ibadah Umrah - Artikel 19/2010 - Tarikh : 14 Mei 2010 / 30 Jamadilawal 1431 H

Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah :

1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :

Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, ‘Masuklah ke dalam syurga’

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi

6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)

7. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :

Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga


SUMBER : KEISTIMEWAAN MAKKAH, Oleh : Ummu Ammar, Editor : Raja Mariam Raja Mohd Iskandar, Halaman 86-87

Friday, May 7, 2010

Kisah Ayat Kursi - Artikel 18/2010 - Tarikh : 7 Mei 2010 / 23 Jamadilawal 1431 H


Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah SAW untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepada ku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah' Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak' Maka aku pun melepaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah SAW bertanya kepada ku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepada mu, dan dia akan kembali' Saya sedar bahawa orang itu akan kembali kerana Rasulullah SAW mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah SAW' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah SAW bertanya kepada ku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepada mu, dan dia akan kembali' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahawa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi' Dia berkata, 'Biarkan aku mengajari mu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagi mu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi'

Maka aku pun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah SAW bertanya kepada ku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajari ku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberi ku manfaat, maka aku pun melepaskannya' Beliau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepada ku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi' Dia berkata kepada ku, 'Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagi mu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi' Maka Nabi SAW bersabda, 'Dia telah berkata benar kepada mu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan'" (HR Bukhari)


SUMBER : http://www.facebook.com/notes/%20tazkirah/%20kisah-ayat-kursi/383522722846

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…