"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, June 25, 2010

SOLAT .... Ganjaran & Seksaan - Artikel 25/2010 - Tarikh : 25 Jun 2010 / 13 Rejab 1431 H

Muslimin & Muslimat, marilah kita mengerjakan solat kerana Allah akan memberikan sebaik-baik ganjaran kepada kita dan kita akan terlepas daripada seksaan NYA.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberi ganjaran dengan lima cara iaitu :
1. Dimurahkan rezekinya
2. Terlepas daripada seksaan kubur
3. Di Hari Pembalasan, kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan di sebelah kanan
4. Mereka akan melintasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata
5. Terkecuali daripada kiraan amalan”

Manakala sesiapa yang meninggalkan solat akan dikenakan seksaan dengan 14 cara iaitu :

Lima seksaan di dunia

1. Hidupnya tidak diberkati dan tidak dimurahkan rezeki
2. Tidak ada cahaya keimanan di mukanya
3. Semua ganjaran bagi amalan baik dimansuhkan
4. Permintaannya tidak dimakbulkan
5. Tidak berhak untuk diingati oleh orang alim dalam doanya

Tiga seksaan ketika hendak mati

1. Matinya dalam keadaan yang memalukan
2. Mati dalam serba kekurangan
3. Menderita kerana tersangat dahaga sehinggakan air seluruh lautan tidak dapat menghilangkannya

Tiga seksaan di dalam kubur

1. Kubur menjadi menjadi sempit dan menghimpit tulang dadanya sehingga pecah dan berkecai
2. Disediakan api di dalam kuburnya
3. Ular dihantar bagi menyeksa si mati. Bentuk ular itu sangat dasyat. Matanya seperti bola api, kukunya diperbuat daripada besi yang panjangnya memakan masa sehari untuk sampai ke hujungnya. Suaranya bagai halilintar.
Ular itu berkata : “Aku diperintahkan oleh Tuhan untuk menggigit kau sehingga matahari terbit kerana kau tertinggal solat Subuh, menggigit hingga tengahari kerana kau tidak solat Asar, menggigit hingga senja kerana kau tidak solat Maghrib menggigit kau hingga malam kerana kau tidak solat Isyak dan berterusan hingga ke pagi esoknya”
Seksaan itu akan berterusan hingga ke Hari Pembalasan

Tiga seksaan ketika dibangkitkan semula dari kubur

1. Segala amalannya akan dikira dengan teliti
2. Kemurkaan Allah SWT yang Maha Adil ke atasnya
3. Dia akan dicampakkan ke dalam neraka

Seksaan lain ialah tiga potong ayat akan ditampal di mukanya

1. Wahai orang yang mencuaikan suruhan Tuhan Maha Kuasa
2. Wahai orang menjadi tumpuan kemurkaan Allah
3. Kerana kau melalaikan suruhan Tuhan ketika di dunia, jadi kau dilucutkan daripada menerima rahmat Tuhan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Bagaimana pendapat kamu jika sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang kamu, ia mandi daripada tiap-tiap hari sebanyak lima kali. Adakah tinggal daripada dakinya sesuatu? Mereka berkata : Tidak tinggal daripadanya dakinya sesuatu! Baginda bersabda : Maka yang demikian itulah dibandingkan sembahyang lima waktu Allah menghapuskan dengan dia segala kesalahan”

Doa Mohon Ketetapan Iman Ketika Sakaratul Maut :

“Ya Allah, tetapkan kami dengan agama Islam dan peliharakanlah iman kami”

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Jaathiyah, Ayat 18 bermaksud :
“Kesudahannya, kami jadikan engkau (Wahai Muhammad dan utusan engkau) menjalankan satu Syari’at (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama : maka turutlah Syari’at itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)”


SUMBER : Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Qur’an oleh Wan Jamal Bin Haji Wan Mat Saman, Halaman 100-103

Friday, June 18, 2010

12 Barisan Di Akhirat - Artikel 24/2010 - Tarikh : 18 Jun 2010 / 6 Rejab 1431 H

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra menghadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepada ku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umat ku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah alasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah alasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih maklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."Mudah-mudahan kita berada di Barisan kedua belas di akhirat kelak.... Amin........

Doa Mohon Syafaat Pada Hari Kiamat :

“Ya Allah, kurniakanlah kami petunjuk untuk dapat mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW awal dan akhir, zahir dan batin, perkataan dan perbuatan, taat dan beribadat serta beramal soleh. Hai Tuhan kami, hidupkan kami seperti hidupnya para ulama, matikanlah kami secara matinya para syuhada, bawalah kami pada hari kiamat dalam golongan para aulia dan masukkanlah kami ke syurga, beserta nabi-nabi yang Engkau berikan kepada mereka keselamatan. Ya Allah janganlah kiranya Engkau tutup hati kami sesudah Engkau beri petunjuk, berilah kami rahmat pada sisi MU. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah, hai Tuhan kami, berilah kami petunjuk untuk mendapat kebaikan”

SUMBER :
  1. Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Qur’an oleh Wan Jamal Bin Haji Wan Mat Saman, Halaman 93-95

Friday, June 4, 2010

Rahsia Dan Hikmah Kiblat- Artikel 22/2010 - Tarikh : 4 Jun2010 / 21 Jamadilakhir 1431 H

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui akan rahsia dan hikmah setiap perkara yang diperintahkan oleh Nya kepada hamba-hamba Nya. Begitu juga dengan arah kiblat. Ini kerana bagi seorang Muslim yang tidak mempunyai aqidah yang kukuh ataupun orang kafir, mereka berpendapat bahawa Kaabah itu untuk disembah oleh orang Islam. Sedangkan pada hakikatnya Kaabah itu bukan sebuah binaan yang kita sembah tetapi yang disembah adalah Allah SWT. Allah SWT telah menentukannya sebagai arah kiblat. Rahsia dan hikmahnya kiblat ialah ia merupakan salah satu faktor penyatu seluruh umat Muslimin.

Kaabah merupakan satu kiblat yang tunggal yang menyatukan seluruh umat Muslimin dari berbagai-bagai negara dan dari berbagai-bagai bangsa, bahasa dan warna kulit. Ia merupakan satu kiblat yang sama, di mana seluruh umat Muslimin menghala kepadanya di merata pelosok Timur dan Barat di bumi ini. Dan di sana mereka merasa diri mereka selaku satu jisim dan satu diri yang menghadap satu matlamat dan berjuang untuk menegakkan sistem hidup yang sama, iaitu sistem hidup yang lahir dari hakikat diri mereka menyembah Tuhan yang sama dan beriman kepada rasul yang sama menghadap kiblat yang sama.

Demikianlah Allah menyatukan umat Muslimin. Dia menyatukan mereka dari segi Tuhan mereka, rasul mereka, agama mereka dan kiblat mereka. Dia menyatukan mereka dari berbagai-bagai negara, bangsa, warna dan bahasa. Allah tidak menyatukan mereka di atas landasan negara, bangsa, warna dan bahasa malah Dia menyatukan mereka di atas landasan aqidah dan kiblat walaupun mereka berbeza dari segi negara, bangsa, warna dan bahasa. Itulah kesatuan dan perpaduan yang layak untuk makhluk insan, kerana insan seharusnya bersatu dan berpadu di atas landasan aqidah hati nurani dan kiblat ibadat, sebagaimana haiwan bersatu dan berpadu di padang ragut dan dalam lingkungan pagar dan kandang. (Tafsir Fi Zilalil Quran Jilid 1 – Asy-Syahid Sayyid Qubt Rahimahullah)

SUMBER : KEISTIMEWAAN MAKKAH, Oleh : Ummu Ammar, Editor : Raja Mariam Raja Mohd Iskandar, Halaman 58

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…