"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, April 30, 2010

Ayat Kursi Paling Agung Dalam Al-Qur’an - Artikel 17/2010 - Tarikh : 30 April 2010 / 16 Jamadilawal 1431 H

FIRMAN Allah bermaksud: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya) ; tidak mengantuk dan tidak tidur. Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).

Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya.Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak. Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya.

Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hamba-Nya.

Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasa-Nya, seperti firman Allah bermaksud: "Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam: 93-95).

Di antara tanda keagungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Firman Allah bermaksud: "Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).

Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaan-Nya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaan-Nya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggaman-Nya.Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah.

Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah.

Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam al-Quran, sabda nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepada mu yang paling agung?" Jawab baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumah mu."Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).

SUMBER : ABDUL RASHID AHMAD, Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Ayat Kursi Paling Agung Dalam Al-Qur’an)

Friday, April 23, 2010

Pengharaman Kota Madinah Dan Sempadan Haramnya - Artikel 16/2010 - Tarikh : 23 April 2010 / 9 Jamadilawal 1431 H

Rasulullah s.a.w mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah mengharamkan Kota Mekah al-Mukarramah. Rasulullah s.a.w bersabda: (Madinah) Kawasan yang berada di antara dua batu hitam merupakan kawasan haram.

Sempadan Haram Kota Madinah Munawwarah:
  1. Kawasan yang terletak di antara dua batu hitam: Dua batu hitam ialah: Dua gurun yang panas di timur dan suatu ketika dahulu dikenali dengan gurun Waqim manakala gurun di baratnya pula dikenali dengan gurun Wabrah.

  2. Pengharaman kawasan yang terletak di antara dua gurun dan ketiga-tiga pelembahannya iaitu Jama' Tadaru', Jama' Ummu Khalid dan Jama' Aqil atau Aqir iaitu bukit-bukit kecil yang memanjang ke pelembahan Aqiq dari sebelah barat telaga Urwah (berhampiran Universiti Islam).

  3. Pengharaman kawasan antara Thur dan 'Ier.
***Thur ialah bukit kecil di belakang bukit Uhud. Ia berwarna merah. Kini di sebelah belakangnya terdapat jalan menuju ke lapangan terbang.

***Ier ialah bukit hitam besar yang terletak di sebelah barat daya Zul Hulaifah (kini dikenali dengan Abar Ali). Terdapat lebuh raya di lereng sebelah baratnya.
  • Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah SWT kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda. Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis. Ia adalah Haram Allah dan Rasul Nya s.a.w (Haramain).

  • Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah SWT akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya yang berbunyi dan bermaksud :
  1. Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai Kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu.
  2. Ya Allah, jadikanlah keberkatan Kota Madinah berlipat kali ganda daripada keberkatan yang Engkau kurniakan kepada Kota Mekah.
  3. Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami di Madinah kami. Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada rezeki kami. Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan kami. Ya Allah, jadikanlah satu keberkatan itu, dua keberkatan.
  4. Sesiapa yang mampu mati di Madinah, matilah kerana aku akan memberi syafaat ku sesiapa yang mati Madinah

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Pengharaman Kota Madinah Dan Sempadan Haramnya)

Friday, April 16, 2010

Nama-nama lain bagi Mekah - Artikel 15/2010 - Tarikh : 16 April 2010 / 2 Jamadilawal 1431 H

Tidak diketahui negeri lain yang mempunyai banyak nama selain dari Mekah dan Madinah, ini disebabkan kedua-duanya merupakan tempat yang paling mulia. Di antara nama-nama bagi negeri Mekah Mukarramah ialah:-

Balad
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini, sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).

Baladul Amin
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Serta negeri (Mekah) yang aman ini.
Khuzaimah bin Thabit bertanya kepada Nabi s.a.w mengenai ayat tersebut lalu baginda menjawab: Mekah.

Baldah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: (Katakanlah wahai Muhammad) Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini.

Bakkah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (untuk beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Mekah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Di kawasan Mekah, sesudah Dia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Bakkah adalah tempat terletaknya Baitullah, Mekah dan kawasan persekitarannya.

Qaryah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu contoh sebuah negeri.
Mujahid berkata: Maksudnya ialah Mekah.

Masjidilharam
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidilaqsa (di Palestine).

Ma'aad
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.

Ummul Qura
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya.

Makhraja Sidqin
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

Bassah
Kerana ia membinasakan golongan ateis yang terdapat di dalamnya iaitu menghancurkan dan memusnahkannya.

Basaq
Iaitu si polan itu lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya. Mekah merupakan negeri yang berkedudukan paling tinggi kerana ia membinasakan golongan ateis.

Nama-nama tambahan
Barrah - Ar-Raks - Ar-Ritaj - Sabuhah - Salam - Salah - Tibah - Al-Azra' - Al-Arsyu - Al-Arisy - Al-Arudh - Faran - Al-Muqaddasah - Al-Qadis - Qarbatul Hima - Qarbatul Naml - Tukratul Ghurab - Kutha - Al-Makkatan - Nadir - Al-Wadi - Ummu Rahim - Ummu Ruhm - Ummu Ar-Ruhm - Ummul Rahamat - Ummu Rauh - Ummu Zuhm - Ummu Sabih - Ummu Kutha.

An-Nasah - An-Nasyah
Kerana ia mengeluarkan zionis yang berada di dalamnya, iaitu mengusirnya.

AN-Nassasah
Kerana airnya berkurangan disebabkan terkeluar iaitu kekeringan.

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Nama-nama Lain Bagi Mekah)

Friday, April 9, 2010

Samb... Islam Dan Pemakanan - Artikel 14/2010 - Tarikh : 9 April 2010 / 24 Rabi'ul Akhir 1431 H

BUAH TIIN
BUAH TIIN adalah buah yang paling istimewa di kalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Tiin ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al-Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buah-buahan dan nilai ubatan.
Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat.
Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi “Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin)” dan Sabda Nabi lagi, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata “inilah buahnya” kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.”
Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi-sendi dan juga buasir.
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaannya. (Surah –Tiin) Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

BUAH LABU
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, Maksudnya: "Rasulullah adalah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali disuguhi makanan atau di undang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menyuguhkan buah labu di hadapan beliau karena saya tahu bahawa beliau menyukainya." [HR Ahmad, Darimi, Nasa'i dan Abu Dawud] Syamail Muhammad (edisi terjemahan) ms 101, Telaga Biru.Labu atau nama saintifiknya Momordica Charantia L. juga dikenali dengan nama fukwa di China. Manakala di India ianya dikenali sebagai karela, nigai uri di Jepun, bitter melon di AS dan ampalaya di Filipina. Buah labu mempunyai pelbagai khasiat. Ianya boleh mencegah penyakit diabetes, kolesterol tinggi, sembelit, hipertensi, masalah hati dan juga hempedu. Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati labu sebenarnya boleh meningkatkan produksi sel beta oleh pankreas dan meningkatkan kemampuan tubuh menghasilkan insulin. Manfaat Labu :
  1. Daun : Air rebusan boleh diminum untuk merawat cirit-birit atau demam. Daun boleh ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit atau lebam
  2. Bunga : Air rebusan boleh merawat penyakit kuning
  3. Buah : Buah labu yang direbus boleh merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh diletakkan pada luka kecil seperti terbakar atau luka pisauBiji : Untuk masalah kecacingan pita di kalangan kanak-kanak. Air rebusan boleh melegakan demam atau masalah kesukaran kencing.
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal”.

HABBATUS SAUDA
Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu. Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semula jadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan. Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habatussauda) telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda) ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkan oleh orang Mesir sejak 5000 tahun yang lalu.
Khasiat Habbatus Sauda’ di ketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda; “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)”. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Habbatus Sauda juga dikenali sebagai Jintan Hitam iaitu sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronkitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

SUMBER :

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Islam dan Pemakanan)

Tuesday, April 6, 2010

Islam Dan Pemakanan - Artikel 13/2010 - Tarikh : 2 April 2010 / 17 Rabi'ul Akhir 1431 H

BUAH ZAITUN
Demi buah Tinn dan buah Zaitun, demi gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman.” (Surah At Tinn : Ayat 1)
Sepertimana di nyatakan di atas mengenai firman Allah dalam Al-Quran mengenainya, Zaitun juga memberikan impak yang besar dalam dunia kesihatan dan kecantikan. Malah ramai yang memilih minyak zaitun daripada minyak masak yang biasa untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Dinyatakan juga di dalam Al Quran dan As Sunnah akan kelebihannya;
..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang BANYAK MANFAATNYA, (iaitu) pokok Zaitun”. (Surah An Nur : Ayat 35)
Dipesan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;“Gunalah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pokok yang DIBERKATI”. (Riwayat At Tirmidzi Dan Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati” Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolesterol dalam badan.

BUAH KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekali gus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”.Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandungkan, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”. Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barang siapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandungkan, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.Sayidina Ali a.s. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”. kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekali gus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah SWT menyuruh Sayidina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

BUAH DELIMA
Buah Delima Baik untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
Sayidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut” Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

bersambung pada artikel akan datang ...

SUMBER :

1. http://qhazanah.wordpress.com/2009/09/02/buah-zaitun-qhazanah/
2.
http://kakungku.blogspot.com/2009/06/sambungan-khasiat-makan-makanan-sunnah.html
3.
http://ruhenabdurachman.wordpress.com/2009/07/01/kurma-kismis-madu/
4.
http://achiksolehah.wordpress.com/2009/05/06/8-makanan-sunnah/
5.
http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-pemakanan-islam.html
6.
http://myherba2u.com/index.php?option=com_content&task=view&id=12&Itemid=27
7.
http://www.rakanmasjid.com/forum/14-musyawarah-akademik-a-pembangunan-insan/869-bersama-memperjuangkan-sunnah.html?limit=6&start=6

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…