"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, May 27, 2011

Peringatan Untuk Yang Berakal - Artikel 05/2011 - Tarikh : 27 Mei 2011 / 23 Jamadil Akhir 1432H

Allahu Rabbi.. gambaran yang akan berlaku di dalam neraka nanti untuk orang-orang yang melakukan dosa sewaktu hidup di dunia dulu semuanya telah di ceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran supaya manusia berhenti dari melakukan dosa dan maksiat.. Allah mengazab dengan azab yang sangat hebat .. setelah kulit yang asal hancur dibakar oleh api.. kemudian Allah menukarkan dengan kulit yang baru.. supaya bertambahnya azab pada kali yang seterusnya.. begitulah azab ini berterusan sehinggalah hilang segala dosa yang dilakukan dulu.. Na'uzubillah..

Kata ulama'.. hanya ada 2 cara sahaja untuk menyucikan dosa-dosa yang telah kita lakukan.. pertama dengan dibakar di dalam api neraka sepertimana yang dinyatakan di atas.. dan cara yang kedua ialah dengan kita bertaubat bersungguh-sungguh pada Allah.. Ambillah cara yang kedua ini.. tidak dikenakan sebarang bayaran sedikit pun.. bertaubatlah dari dosa-dosa kita yang terlalu banyak ini.. sesiapa yang bertaubat pada Allah.. maka Allah akan mengampunkan dosanya seperti tiada dosa..

Kepada sahabat-sahabat.. segeralah bertaubat selagi Allah memberi peluang.. jangan ditunggu esok.. esok.. esok.. takut nanti hari ini juga Malaikat Maut datang untuk mengambil nyawa kita..
Astaghfirullah..

Wallahu’allam


Sumber :
http://siputonline.blogspot.com/




Friday, May 20, 2011

Kelebihan Seorang Ibu, Mustajab Doa Untuk Anaknya - Artikel 06/2011 - Tarikh : 20 Mei 2011 / 16 Jamadil Akhir 1432H

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginga kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat
beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"

Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau
ibuku?"

Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij. Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah. Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."

Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekitar pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu?"

Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"

Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."

Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menolak dan meminta pondok seperti asalnya.

Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi
yang disakiti anaknya.

Banyak iktibar daripada kisah Juraij.

* Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurnakan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
* Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.
* Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara keduanya.
* Ibu harus sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
* Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
* Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.

Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.

Sumber :
http://www.facebook.com/notes/layarminda/


Friday, May 13, 2011

Zikir Harian - Artikel 3/2011 - Tarikh : 13 Mei 2011 / 9 Jamadil Akhir 1432 H

Hiaskanlah diri anda dengan zikir-zikir ini sekurang-kurangnya 1000 kali sehari, andainya tak terdaya janganlah pula tinggal semua. Berzikir mengingati Allah itu adalah ubat yang paling mujarab untuk jiwa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Berikut amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:




















































HARI


ZIKIR HARIAN




ISNIN


BACAAN :




MAKSUD :Tidak ada daya upaya untuk menolak sesuatu kemelaratan dan mendatangkan sesuatu kemanfaatan melainkan Allah juga, Tang Maha Tinggi Lagi Maha Agung
FADHILAT : Setiap bacaan, Allah memberi pahala sebesar bukit Uhud dan menghindarkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita



SELASA



BACAAN :
MAKSUD :
Ya Allah kurniakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabat
FADHILAT : Setiap satu kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun



RABU



BACAAN :
MAKSUD :
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung yang tiada tuhan selain Nya yang hidup/yang mengurus dan aku bertaubat kepada Nya
FADHILAT : Setiap satu kali bacaan, Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati




KHAMIS



BACAAN :
MAKSUD : Maha Suci Allah Yang Maha Agung
FADHILAT : Setiap satu kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga



JUMAAT



BACAAN :
MAKSUD :
Ya Allah
FADHILAT : Allah akan memberi ketenangan kepada orang yang membacanya


SABTU


BACAAN :
MAKSUD :
Tiada tuhan melainkan Allah, SendiriNya
FADHILAT : Setiap kali kita menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita, dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita


AHAD


BACAAN :
MAKSUD :
Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk
FADHILAT : Memperoleh harta yang banyak dan membawa berkat, serta dicintai oleh setiap manusia


Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.



Sumber :
Dipetik dari Buku Selawat dan Fadilatnya
Oleh : Tuan Haji Khairuddin bin Haji Long,
Penerbit : Assaf Marketing & Trading,
Halaman 29-32



Friday, May 6, 2011

Kaedah Mendapatkan Khusyuk - Artikel 02/2011 - Tarikh : 6 Mei 2011 / 2 Jamadil Akhir 1432 H

Antara kaedah paling utama bagi memperolehi khusyuk dan tanda kesempurnaan kehadiran hati telah tercapai ialah dengan meneliti lima (5) perkara.

Lima perkara mencapai khusyuk :

  1. AL – TAFAHHUM : Memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya

  2. AL – TAKZIM : Merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapan-Nya

  3. AL – HAYBAH : Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan

  4. AL – RAJAK : Mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat anda akan diterima

  5. AL – HAYAK : Berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya

Abu Hurairah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang bagaimana caranya malu kepada Allah itu? Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab : “Kamu berasa malu dengan-Nya, sebagaimana kamu berasa malu kepada lelaki yang soleh dalam kalangan kamu”

USAHA TAMBAHAN MENDAPATKAN KHUSYUK


KAEDAH LUARAN


  1. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan mengkhayalkan pemikiran

  2. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan tumpukan mata ke tempat sujud

  3. Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna-warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah

  4. Mengambil wuduk dengan tenang dan sempurna

  5. Membaca isti’azah ( ) dalam hati ketika terasa minda tidak fokus kepada solat

  6. Jangan solat dalam keadaan terlalu lapar, ingin membuang air kecil atau besar

  7. Meletakkan sutrah penghadang di hadapan tempat solat agar tiada orang yang lalu-lalang di hadapan

  8. Mendirikan sembahyang pada awal waktu supaya tidak gopoh ketika masa hampir luput

  9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah

  10. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja

  11. Jauhi daripada solat di tempat yang bising dan hingar bingar

  12. Menjaga mata daripada melihat perkara yang terlarang oleh Islam

KAEDAH DALAMAN


  1. Lazimkan bertaubat sekerap yang mampu. Sebaik-baiknya sebelum tidur bagi membersihkan hati daripada kotoran dosa

  2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita, serta menganggap solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik

  3. Membaca dengan baik (husnul qari’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat al-Qur’an yang dibacakan itu terutama sekali al-Fatihah, gerakan dan maknanya. Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut difahami oleh orang yang melaksanakannya

  4. Mempelajari tatacara solat berasaskan dalil dan pandangan ulama, agar kita dapat merasakan hampirnya kita dengan Nabi dan dapat merasakan kesempurnaan solat

  5. Menghadirkan rasa sedang berhadapan dengan Tuhan sekalian alam iaitu Allah s.w.t., dan Allah sedang memerhatikan seluruh gerak geri hati dan luaran solat kita

  6. Timbulkan rasa malu (al-Hayak) terhadap Allah s.w.t, rasa takut (khauf) terhadap azab Allah yang pedih

  7. Kumpulkan fikiran kita kepada dosa-dosa yang kita lakukan, walaupun ia dilakukan sewaktu kecil, hinakan diri di hadapan Allah s.w.t., rasakan kita tidak layak sama sekali untuk ke syurga. InsyaAllah ia mampu menitiskan air mata jika dibuat dalam keadaan yang hening dan penuh penghayatan

  8. Berharap serta yakin (optimis) Allah menerima solat dan amal kita

  9. Hati diajak hadir/ikut. Kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati daripada segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat

Walau apapun, syarat khusyuk yang paling utama ialah kemantapan insan dalam diri terhadap Allah s.w.t. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepada-Nya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula daripada khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk dalam sembahyang.

Sayidina Ali k.w.h. telah khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar al-khattab pernah berkata : “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati”.



Kesimpulannya, orang yang takut kepada Penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh Rasul serta khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (Ayat 45-46) yang bermaksud :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk. (Yakni) orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadanya”



Sumber :
Dipetik dari Buku Formula Solat Sempurna
Oleh : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman,
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd,
Halaman 133, 157-159



Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…