"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, July 29, 2011

10 Laluan Utama - Artikel 14/2011 - Tarikh : 29 Julai 2011 / 27 Syaaban 1432H

1. LALUAN MENUJU KE KUBUR


  • Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji

  • Hindarkan perasaan irihati (benci)

  • Jangan terpengaruh dengan harta dunia

  • Sucikan qadha hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil)
2. LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL


  • Bersihkan diri dgn bertaubat

  • Gembirakan hati orang mukmin

  • Bayar semula qadha (solat & puasa) yang tertinggal

  • Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala
3. LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR


  • Mengucap dua kalimah syahadah

  • Suka memberi sedekah

  • Berkata Benar

  • Bersihkan dan perbaiki diri
4. LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN


  • Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat

  • Sucikan perkataan dan pakaian

  • Bersyukur dgn yang sedikit

  • Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah
5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN


  • Jauhkan perkataan sia-sia

  • Pendekkan cita-cita dunia

  • Banyakkan puji pujian kepada Allah

  • Banyakkan sedekah dan khairat
6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM


  • Kasihanilah aulia Allah Ta'ala

  • Berbaktilah pada ibu bapa

  • Berpegang teguh pada hukum syarak

  • Bercakap perkataan yang baik sesama manusia
7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA


  • Banyakkan membaca al-Quran

  • Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu

  • Tinggalkan perkara yang maksiat

  • Jauhkan segala yang haram
8. LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA


  • Membuat kebajikan seberapa yang boleh

  • Kasihi orang yang soleh

  • Kerjakan segala suruhan Allah

  • Merendahkan diri di antara sesama makhluk
9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD


  • Kasihilah nabi Allah Ta'ala

  • Kasihilah Rasullullah

  • Tuntutlah yang difardukan oleh Allah Taala

  • Banyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W
10. LALUAN UTK BERTEMU ALLAH


  • Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Ta'ala

  • Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Ta'ala

  • Betulkan dan baikkan iktikad kepada Allah Ta'ala

  • Bencikan segala yang diharamkan Nya

Sumber : http://musafircyber.blogspot.com/

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - 10 Laluan Utama)

Friday, July 22, 2011

20 Kelebihan Berselawat - Artikel 13/2011 - Tarikh : 22 Julai 2011 / 20 Syaaban 1432H

Ibnul Qoyyim menyebutkan 39 manfaat selawat untuk nabi SAW, di antaranya adalah sebagai berikut:

  1. Melaksanakan perintah Allah SWT.
  2. Mendapatkan sepuluh selawat dari Allah bagi yang membaca selawat satu kali.
  3. Ditulis baginya sepuluh kebaikan dan dihapus darinya sepuluh kejahatan.
  4. Diangkat baginya sepuluh darjat.
  5. Kemungkinan doanya terkabul bila ia mendahuluinya dengan selawat, dan doanya akan naik menuju kepada Tuhan semesta alam.
  6. Penyebab mendapatkan syafaat sallallahu ‘alaihi wassallam bila diiringi oleh permintaan wasilah untuknya atau tanpa diiringi olehnya.
  7. Penyebab mendapatkan pengampunan dosa.
  8. Dicukupkan oleh Allah apa yang diinginkannya.
  9. Mendekatkan hamba dengan nabi SAW pada hari kiamat.
  10. Menyebabkan Allah dan malaikat-Nya berselawat untuk orang yang berselawat.
  11. Nabi SAW menjawab selawat dan salam orang yang berselawat untuknya.
  12. Mengharumkan majlis dan agar ia tidak kembali kepada keluarganya dalam keadaan menyesal pada hari kiamat.
  13. Menghilangkan kefakiran.
  14. Menghapus kebakhilan “kikir” dari seorang hamba jika ia berselawat untuk nabi SAW ketika namanya disebut.
  15. Orang yang berselawat akan mendapatkan pujian yang baik dari Allah di antara penghuni langit dan bumi, karena orang yang berselawat, memohon kepada Allah agar memuji, menghormati dan memuliakan rasul-Nya, maka balasan untuknya sama dengan yang ia mohonkan, maka hasilnya sama dengan apa yang diperoleh oleh rasul-Nya.
  16. Akan mendapatkan berkat pada dirinya, pekerjaannya, umurnya dan kemaslahatannya, kerana orang yang berselawat itu memohon kepada Tuhannya agar memberkati nabi-Nya dan keluarganya, dan doa ini terkabul dan balasannya sama dengan permohonannya.
  17. Nama orang yang berselawat itu akan disebutkan dan diingat di sisi Rasul SAW seperti penjelasan terdahulu, sabda Rasul: “Sesungguhnya selawat kalian akan diperdengarkan kepada ku.” Sabda beliau yang lain: “Sesungguhnya Allah mewakilkan malaikat di kubur ku yang menyampaikan kepada ku salam dari umat ku.” Dan cukuplah seorang hamba mendapatkan kehormatan bila namanya disebut dengan kebaikan di sisi Rasulullah SAW.
  18. Meneguhkan kedua kaki di atas Sirat dan melewatinya berdasarkan hadis Abdurrahman bin Samirah yang diriwayatkan oleh Said bin Musayyib tentang mimpi Rasulullah SAW: “Saya melihat seorang di antara umat ku merangkak di atas Sirat dan kadang-kadang berpegangan lalu selawat untuk ku datang dan membantunya berdiri dengan kedua kakinya lalu menyelamatkannya.” [H.R. Abu MusaAl-Madiniy]
  19. Akan sentiasa mendapatkan cinta Rasulullah SAW bahkan bertambah dan berlipat ganda. Dan itu termasuk ikatan Iman yang tidak sempurna kecuali dengannya, karena seorang hamba bila sentiasa menyebut nama kekasihnya, menghadirkan dalam hati segala kebaikan kebaikannya yang melahirkan cinta, maka cintanya itu akan semakin berlipat dan rasa rindu kepadanya akan semakin bertambah, bahkan akan menguasai seluruh hatinya. Tetapi bila ia menolak mengingat dan menghadirkannya dalam hati, maka cintanya akan berkurang dari hatinya. Tidak ada yang lebih disenangi oleh seorang pencinta kecuali melihat orang yang dicintainya dan tiada yang lebih dicintai hatinya kecuali dengan menyebut kebaikan kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya cinta itu tergantung kadar cintanya di dalam hati, dan keadaan lahir menunjukkan hal itu.
  20. Akan mendapatkan petunjuk dan hati yang hidup. Semakin banyak ia berselawat dan menyebut nabi, maka cintanya pun semakin bergemuruh di dalam hatinya sehingga tidak ada lagi di dalam hatinya penolakan terhadap perintah-perintahnya, tidak ada lagi keraguan terhadap apa-apa yang dibawanya, bahkan hal tersebut telah tertulis di dalam hatinya, menerima petunjuk, kemenangan dan berbagai jenis ilmu darinya. Ulama-ulama yang mengetahui dan mengikuti sunnah dan jalan hidup beliau, setiap pengetahuan mereka bertambah tentang apa yang beliau bawa, maka bertambah pula cinta dan pengetahuan mereka tentang hakikat selawat yang diinginkan untuknya dari Allah.
Sumber : http://kubahkuning.blogspot.com/

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - 20 Kelebihan Berselawat)

Friday, July 15, 2011

Seruan Kubur - Artikel 12/2011 - Tarikh : 15 Julai 2011 / 13 Syaaban 1432H

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali :



  1. Aku rumah terpencil maka aku akan senang dengan selalu membaca al-Quran

  2. Aku rumah yang gelap maka terangilah aku dengan selalu sembahyang malam

  3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan

  4. Aku ular berbisa maka bawalah amalan "Bismillah" sebagai penawar

  5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir maka banyakanlah bacaan "Lailahillallah Muhammad Rasulullah"


Sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com/
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Seruan Kubur)

Friday, July 8, 2011

Judi - Artikel 11/2011 - Tarikh : 8 Julai 2011 / 6 Syaaban 1432H


Soalan 1 : Saya tidak bermain judi cuma membeli ramalan 4 nombor ekor. Ada orang kata itu haram juga, betul ke?


Pertama hendaklah difahami apakah itu judi. Secara mudah judi adalah pertaruhan. Jika menang, dia akan mendapat hadiah. Jika kalah, dia akan hilang wangnya.

Begitu jugalah dalam 4 nombor ekor. Ia juga termasuk dalam jenis judi. Berapa ramai yang kaya kerana bermain judi? Orang ramai akan membeli nombor tertentu. Mungkin ramai yang akan membeli. Yang menang hanya beberapa orang sahaja. Hadiah pula diambil daripada duit hasil jualan tiket nombor ekor.

Judi adalah haram dalam Islam. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya arak, judi,(berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah daripada amalan syaitan maka jauhilah amalan tersebut ”


Soalan 2 : pertubuhan-pertubuhan tertentu malah ada badan-badan Kerajaan yang buat loteri kebajikan untuk tujuan mengumpul dana amal dan kebajikan. Loteri yang demikian salah ke?


Nama tidak penting. Apakah makna loteri? Loteri adalah sistem di mana tiket dijual mengandungi nombor tertentu. Akhirnya tiket mengandungi nombor tertentu dipilih mungkin secara rawak dan sebagainya. Pembeli nombor berkenaan adalah pemenang dan hadiah diberikan kepadanya. Manakala pembeli yang lain tidak dapat apa-apa. Begitulah loteri secara ringkas. Walaupun niatnya baik iaitu untuk kebajikan, tetapi kaedahnya adalah salah. Dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi loteri kebajikan juga adalah merupakan judi.


Soalan 3 : Kawan-kawan serumah saya suka sangat bertaruh. Sikit-sikit ada lawan bertaruh. Tengok lawan bola di TV bertaruh, tengok live lumba F1 bertaruh, main dam bertaruh, lawan gusti lengan dan banyak lagi lah. Adakah itu kira judi juga?


Sebenarnya untuk melakukan aktiviti perlawanan seperti lumba lari, bola sepak, futsal, gusti lengan, lumba kuda dan sebagainya adalah harus. Nabi SAW sendiri pernah beradu kekuatan dengan Rukanah lalu Nabi SAW menewaskannya sebagaimana dalam riwayat Abu Daud. Cuma kadang-kadang ada sedikit pertaruhan. Kalau ada pertaruhan, biasanya di situ ada judi. Contohnya jika seseorang yang berlumba mengeluarkan pertaruhan. Kalau ada 10 orang, maka setiap mereka terpaksa membayar wang pertaruhan. Yang menang akan mendapat wang yang dikumpul, manakala yang kalah hilang wangnya maka ia adalah judi.


Soalan 4 : Di sekolah bahkan di kampung ada sejenis permainan yang namanya “main kutu”. Adakah ini dikira judi juga?


Main kutu adalah kaedah sosial masyarakat bagi mengumpul duit. Katakan ada sepuluh orang dan setiap seorang mengeluarkan RM100. Setiap bulan diadakan cabutan undi. Kalau nasibnya baik, dia akan mendapat RM1000 pada bulan tersebut. Adakah ia juga judi?

Main kutu tidaklah termasuk dalam judi. Semua orang akan mendapat hasilnya tidak lama kemudian. Di situ semuanya untung, bukan rugi. Cuma masa belum tiba lagi.


Sumber :
Dipetik dari Buku SOAL JAWAB remeh-temeh tentang ISU SEMASA tapi anda malu bertanya …
Oleh : Siti Nor Bahyah Mahamood & Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd,
Halaman 175-177


(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Judi)

Friday, July 1, 2011

Kisah Di Zaman Nabi Musa - Artikel 10/2011 - Tarikh : 1 Julai 2011 / 29 Rejab 1432H

Di riwayatkan, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”


Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.


Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmatMu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas.


Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai NabiMu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.


Kepada Nabi Musa AS Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”


Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”


Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”


Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat ke kanan ke kiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”


Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”


Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujan pun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.


Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”


Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”


Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hambaMu yang taat itu?”


Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”



Sumber : http://g-heartmuslim.blogspot.com/
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Kisah Di Zaman Nabi Musa)

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…