"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, January 27, 2012

Sebab Doa Tidak Dikabulkan (Tanda Hati Yang Mati) - Artikel 04 /2012 - Tarikh : 27 Januari 2012 / 3 Rabiulawal 1433 H

Pernah orang bertanya Ibrahim Adham (seorang ahli tasauf yang masyhur) mengapa doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa. Jawapan beliau adalah seperti berikut :

  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
  2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunahnya.
  3. Kamu telah membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukur kepada Nya.
  5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tapi kamu tidak menentangnya malah menurutinya.
  6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kuburkan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar/pengajaran daripada mereka.

SUMBER : HIMPUNAN SOLAT-SOLAT SUNAT , Halaman 123
Susunan Kamaruddin Mahmod

Diedarkan Oleh Fatimah Book Centre
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Sebab Doa Tidak Dikabulkan)

Friday, January 20, 2012

Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa - Artikel 03/2012 - Tarikh : 20 Januari 2012 / 26 Safar 1433 H

Sahabat-sahabat para pembaca semua. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa, terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram dan tidak tenang.

Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa :

1. Membaca dan mendengarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh : “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”

Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.


Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.


Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.


Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
 
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

3. Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

4. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

5. Tidak meminta kepada orang lain

“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

6. Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang. Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

7. Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:

“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”

Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”

Sabdanya: “Kerana hutang.”

Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan :

“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


8. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“ -  Tidak ada daya upaya untuk menolak sesuatu kemelaratan dan mendatangkn sesuatu kemanfaatan melainkan Allah jua

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.

9. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.


Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:

“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.

Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

10. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
Diharap artikel ini sikit sebanyak memberikan panduan dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup, insyaAllah.


SUMBER :  http://keberesan.blogspot.com/2011/02/10-cara-bagaimana-untuk-mendapat_19.html

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa)

















































Friday, January 13, 2012

Siapakah Kita? - Artikel 02 /2012 - Tarikh : 13 Januari 2011 / 19 Safar 1433 H

1. Siapakah Orang yang Sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman AS

2. Siapakah Orang yang Manis Senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu ia berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun”. Lalu sambil berkata, “Ya Rabbi. Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah Orang yang Kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah Orang yang Miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada.

5. Siapakah Orang yang Rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6. Siapakah Orang yang Paling Cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah Orang yang Mempunyai Rumah yang Paling Luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah Orang yang Mempunyai Rumah yang Sempit Lagi Dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kubur menghimpitnya.

9. Siapakah Orang yang Mempunyai Akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

10. Siapakah Orang yang Kedekut?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan atau membuang peringatan yang diterima begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain dan tidak pula berazam untuk berdakwah.

SUMBER : Dipetik dari Majalah Al-Munawarah
(Biro Penerbitan PEKIP Pusat – Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (KL)),
Edisi Rabiulawal 1430 H/ Mac 2009, Halaman 7

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Siapakah Kita?)

Friday, January 6, 2012

Azam - Artikel 01/2012 - Tarikh : 6 Januari 2012 / 12 Safar 1433 H


Semua manusia mempunyai azam tetapi untuk mencapai azam, mereka perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat mereka akan tercapai. Maka setiap manusia menentukan kejayaan mereka sendiri dengan menguatkan fokus, dengan mengenal pasti erti hidup pada hari-hari yang kita lalui dan disiplin diri yang telah kita lakukan.
 

Jika setiap hari kita Berjaya mencapai kejayaan kita tidak akan nampak bahawa kita tidak boleh Berjaya. Tentukan setiap hari efektif dengan apa yang kita lakukan diniatkan kerana Allah dan mencari redhaNya.


Ingatlah 5 perkara :

1. Dosa atau pahala
2. Iman atau nafsu
3. Taat atau maksiat
4. Redha atau murka
5. Syurga atau neraka



Dan ingatlah kepada saat kematian, 5 peringkat yang menentukan sakaratul maut bagaimana roh kita keluar, adakah ia keluar secara direntap atau keluar dengan mudah.



Apabila memasuki alam barzakh, taman syurga atau kawah neraka. Bangkit semula di bawah lindungan Arasy atau kepanasan bahang di padang mahsyar. Buku timbangan dapat ke tangan kanan atau tangan kiri. Titian sirat ke syurga atau jatuh ke dalam neraka.


Mulakan dengan memperbaiki hubungan dengan Allah, maka dengan sendiri corak pemikiran kita akan berubah, focus kita akan lebih jelas terhadap kehidupan yang sedang dan akan kita lalui. Maka tiada tahun baru pada orang Islam, yang ada, diri dan jiwa yang akan sentiasa baru dan diperbaharui dalam setiap angka baru. Hidup ini hanya sementara, maka mulakanlah perubahan kepada diri sementara waktu hidup yang ada ini.


TABIAT YANG MENGHAPUSKAN KEBAHAGIAAN

- Merungut

Motto orang merungut : “kesian aku”

- Menyalahkan

Motto orang suka menyalahkan : “bukan salah aku”

- Berasa malu bukan pada tempatnya

Motto orang yang malu bukan pada tempatnya : “semuanya salah saya”


SUMBER : Dipetik dari buku CELIK MATA DAN JIWA , Halaman 49-51
             Oleh Prof. Dr Muhaya Hj Muhamad
             Penerbit : AsSohwah Enterprise

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Azam)

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…