"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, February 24, 2012

Indikator Sifat Ikhlas - Artikel 08/2012 - Tarikh : 24 Februari 2012 / 2 Rabiulakhir 1433 H

Ada beberapa indikator yang menunjukkan seseorang itu mempunyai keikhlasan hati yang sebenar. Antaranya :



  1. Hatinya sentiasa tenggelam dalam mengingati nama Allah, wujudNYA, sifat-sifat keagunganNYa (sifat-sifat Jalal) dan sifat-sifat kesempurnaanNYA (sifat-sifat Jamal).
  2. Tidak memikirkan pahala atau balasan baik.
  3. Semua ibadah yang dilakukan dirasakan datang dari Allah kepada dirinya.
  4. Dirinya menerima ibadah itu sehingga dirasakan semuanya adalah rahsia perbuatan Allah.
  5. Orang tersebut juga berasa tidak ada daya dan kekuatan untuk melakukan apa juga ibadah kecil mahupun yang besar. Tanpa daya dan kekuatan Allah, dia tidak akan dapat berbuat apa-apa.
  6. Semua ibadah yang dilakukan oleh orang tersebut dilakukan sebaik-baiknya.
  7. Orang tersebut juga mampu membalas kejahatan seseorang dengan kebaikan.
  8. Hubungan sosialnya sesama manusia dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.
  9. Harta bendanya dapat diinfakkan mengikut keredhaan Allah.
  10. Orang tersebut juga sentiasa menjaga hukum-hakam Allah.
  11. Sentiasa bersifat warak iaitu apa yang dinamakan warak khusus, iaitu hatinya hanya mahukan Allah, tidak yang lain

SUMBER :
MAJALAH Q & A Bil. 1/ 2012 ISU #01 , Halaman 110
Dr. Jahid Sidek
 (Klik Untuk Muat Turun Artikel - Indikator Sifat Ikhlas)

Friday, February 17, 2012

Pembesar Melalaikan Solat - Artikel 07/2012 - Tarikh : 17 Februari 2012 / 24 Rabiulawal 1433 H

Hadith :

Dari Abu Dzar r.a katanya: ”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: ”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”

(Riwayat Muslim)

Huraian :

  1. Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk dalam beribadat, mereka akan merasa berat dan terbeban dengan solat. Orang begini tidak akan menunggu waktu solat. Malah jika mengerjakan solat sekalipun, ada perkara lain yang diagung-agungkan yang menjadikan fikiran dan jiwanya tidak tertumpu kepada Allah S.W.T.
  2. Contohnya orang yang merasa sayang untuk meninggalkan kerja-kerjanya. Orang begini tentu berat dan susah mengerjakan solat kerana terlalu sibuk hingga mereka menjadi lalai. Bahkan dalam masa mengerjakan solat sekalipun ia tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas dan khusyuk tetapi dalam keadaan terpaksa dan terseksa. Apa yang diingatinya ialah perkara yang dijiwainya dan yang diutamakannya. Oleh itu solatnya dilakukan dengan cepat sekali demi menyelesaikan tugasannya itu.
  3. Maka terasalah olehnya akan kepenatan dan kejemuan dalam mengerjakan solat hingga sampai kepada tahap sanggup meninggalkan solat. Orang seperti ini sebenarnya tidak sabar dalam mengerjakan solat dan mendirikan solat tanpa roh lantaran kegagalan mereka menghayati atau memahami setiap ungkapan yang dibacanya di dalam solat.
  4. Sesungguhnya sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaannya tidaklah panjang dan tidak juga memakan masa yang lama. Hanya sekitar 10 – 15 minit sahaja. Bahkan ia boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Bahkan merupakan satu latihan jasmani yang baik untuk tubuh badan.
  5. Namun begitu mengapa Allah menyebut solat itu besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk? Jawapannya, khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam dan rasa kehambaannya kuat. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa. Mereka mudah mengerjakan solat bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat melepaskan perasaan rindu pada Tuhan.
  6. Waktu solat sentiasa ditunggu-tunggu dan tidak cukup dengan mengerjakan solat yang wajib, mereka mendirikan pula solat sunat



SUMBER : http://nurjeehan.wordpress.com/2007/10/25/pembesar-melalaikan-solat/
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Pembesar Melalaikan Solat)

Friday, February 10, 2012

Hadis Akhir Zaman – Matahari Terbit Dari Barat - Artikel 06 /2012 - Tarikh : 10 Februari 2012 / 17 Rabiulawal 1433 H

Daripada Abi Dzar katanya : Aku telah masuk ke masjid ketika waktu tenggelam matahari (senja) dan ketika itu Nabi sedang duduk, baginda pun bersabda : “Wahai Abi Dzar, tahukah kamu ke mana perginya (matahari) ini?” Katanya : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Nabi Bersabda : “Sesungguhnya ia pergi meminta izin kepada Tuhannya untuk bersujud, maka Allah mengizinkannya. Dan sesungguhnya seolah-olah dikatakan kepadanya, ‘Terbitlah kamu dari arah mana kamu datang’ Maka ia pun terbit dari sebelah baratnya.” Ia berkata : Kemudian Nabi membacakan (sepotong ayat) : Dan demikianlah tetap baginya. Ia berkata, demikianlah bacaan Abdullah Ibnu Mas’ud.


Keterangan :

  1. Setiap hari matahari memohon kepada Allah agar dapat bersujud kepadaNya, dan Allah mengarahkan matahari pulang ke timur sehingga sampai kembali ke barat. Lalu matahari memohon agar dapat bersujud lagi. Maka Allah mengizinkannya dan mengarahkan ia beredar ke timur. Demikianlah setiap hari sehingga kelihatan di bumi ini dipenuhi dengan kemaksiatan, serta mereka tidak mempedulikan ajaran dan nasihat. Atau sudah tiada lagi yang memberikan peringatan dan nasihat serta manusia sudah tidak mengambil berat lagi hukum-hukum Allah dan RasulNya. Maka, matahari memohon kepada Allah agar terus bersujud dan tidak kembali lagi ke dunia ini, lalu Allah mengizinkannya bersujud di bawah Arasy selama beberapa malam.
  2. Kata ulama : Setelah matahari tetap bersujud kepada Allah selama tiga hari di bawah Arasy, maka malam menjadi sangat panjang. Dan keadaan itu tidak disedari melainkan mereka yang bangun bertahajud pada tengah malam serta mengamalkan zikir dan aurad (amalan-amalan zikir), serta mereka melaziminya setiap malam. Sehingga pada malam tersebut, mereka yang telah selesai menjalani ibadah mendapati fajar tetap tidak terbit. Lantas mereka kembali menyambung ibadah dan setelah selesai, seperti biasa mereka keluar melihat keadaan langit dan bintang dan keadaannya tetap sama. Lantas mereka yakin bahawa ini adalah alamat kiamat, maka mereka saling mengkhabarkan kepada sesama mereka sehingga semua manusia berkumpul di masjid; menangis dan memohon pertolongan Allah.
  3. Setelah cukup tiga hari itu maka matahari pun terbit, namun Allah mengarahkan agar ia terbit dari arah barat. Maka semua manusia mengetahui itu adalah alamat kiamat. Lantas menangislah semua ahli langit dan bumi. Ketika itu berseru suara dari langit, “Bukankah matahari itu terbit dari barat?” Maka manusia seluruhnya menangis serta dengan rendah diri memandang ke langit. Mereka melihat cahaya matahari dan bulan sangat berbeza, tidak seperti biasa. Sesungguhnya tidak berguna lagi tangisan pada hari tersebut.

SUMBER :
MAJALAH Q & A Bil. 1/ 2012 ISU #01 , Halaman 60
Syeikh Muhannad Zainul Asri Hj Ramli
 (Klik Untuk Muat Turun Artikel - Hadis Akhir Zaman – Matahari Terbit Dari Barat)

Friday, February 3, 2012

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Bin Hambal Menangis - Artikel 03 /2012 - Tarikh : 3 Februari 2012 / 10 Rabiulawal 1433 H


Renungkan rangkap syair ini yang membuatkan Imam Ahmad Bin Hambal menangis. Semoga menjadi salah satu lubang muhasabah buat kita ...



Jika Tuhan bertanya kepada ku
Tidak malukah kau bermaksiat kepadaKU
Kau sembunyikan dosa mu dari makhlukKU
Dan datang padaKU dengan penuh dosa


Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapakah yang akan selamatkan aku?
Aku terus menyogok diriku dengan impian dan harapan dari masa ke semasa


Dan aku melupakan apa yang terlihat pada kematian
Dan apakah yang akan berlaku selepas diriku dikafankan
Seolah-olah aku ini dijamin hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku


Dan telah datang sakaratulmaut yang amat ngeri
Siapakah yang mampu melindungi diriku ini?
Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada daripada mereka menebusku?


Aku akan disoal apa yang aku lakukan didunia untuk menyelamatkan diriku ini?
Maka bagaimana akan aku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah menyeruku?
Apakah aku tidak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (Qiamat)?


Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru & menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat. Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunannya & membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepadaMU maka kasihanilah daku & beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku dan Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban. Ya Allah!


SUMBER : http://hambapenyelamat.blogspot.com/2011/12/muhasabah-diri.html
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Bin Hambal Menangis)

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…