"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, May 25, 2012

Persoalan Fikah - Solat Jumaat - Artikel 21/2012 - Tarikh : 25 Mei 2012 / 4 Rejab 1433 H

SOALAN 1. Apakah erti solat Jumaat?

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat pada hari Jumaat dalam waktu Zuhur, didahului oleh dua khutbah serta mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan

SOALAN 2. Apakah hukum solat Jumaat ke atas umat Islam?

Hukumnya adalah wajib ke atas umat Islam yang lelaki dan tidak uzur. Ini sudah jelas diterangkan di dalam Al-Quran, sunah dan ijmak ulama. Allah menyatakan dalam surah al-Jumuah ayat 9 bermaksud : Wahai orang yang beriman! Apabila diseru bagi solat pada hari Jumaat, kamu perlu segera mengingati Allah dan tinggalkan segala urusan perniagaanmu. Itu adalah lebih baik untuk kamu seandainya kamu mengetahui.

Junjungan besar Nabi Muhammad berkata :

Solat Jumaat adalah kewajipan ke atas setiap individu Muslim supaya berjemaah melainkan empat golongan iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak ataupun orang sakit.

SOALAN 3. Apakah syarat wajib solat Jumaat?
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Sihat tubuh badan
  5. Mastautin ataupun bermukim
  6. Merdeka
SOALAN 4. Apakah syarat sah solat Jumaat?


  1. Perlu dikerjakan dalam waktu Zuhur
  2. Perlu dikerjakan di suatu tempat ataupun binaan tertentu
  3. Perlu dikerjakan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang ahli termasuk imam menurut mazhab Syafie
  4. Perlu didahului oleh dua khutbah
  5. Tidak boleh ada lebih daripada satu solat Jumaat di satu tempat ataupun berhampiran tanpa sebab-sebab yang diharuskan
SOALAN 5. Bilakah waktu yang paling tepat mendirikan solat Jumaat?

Waktu solat Jumaat sama seperti waktu solat Zuhur iaitu bermula daripada gelincir matahari sehingga bayang-banyang sesuatu sama dengannya. Ini bermakna, waktu solat Jumaat dikerjakan dalam waktu Zuhur. Solat Jumaat yang ditunaikan pada awal waktu adalah lebih baik dan lebih utama.

SOALAN 6. Apakah keuzuran yang membolehkan seseorang itu meninggalkan solat Jumaat?

Keuzuran syarak yang membolehkan seseorang itu meninggalkan solat Jumaat :
  1. Sakit, demam dan sebagainya.
  2. Hujan yang menyusahkan perjalanan ke masjid
  3. Tinggal terlalu jauh dari masjid yang menyukarkan perjalanan ke masjid tersebut
  4. Dalam perantauan (musafir)
  5. Menjaga orang sakit yang tiada penjaga
  6. Bimbangkan diri dan harta benda daripada musuh ataupun orang zalim
SOALAN 7. Bagaimanakah kedudukan orang perempuan dengan solat Jumaat?

Solat Jumaat diwajibkan ke atas golongan lelaki sahaja tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kaum perempuan turut serta mendirikan solat Jumaat, bahkan solat mereka sah dan tidak perlu mengulangi solat Zuhur. Tetapi perlu diingat, mereka yang hendak ke masjid perlu berhati-hati dan memelihara diri daripada sebarang perkara yang menimbulkan fitnah serta mereka dilarang menghiasi diri, memakai bau-bauan dan sebagainya semasa ke masjid.
SUMBER :
Dipetik dari buku Dato’ Dr. Haron Din MENJAWAB PERSOALAN fikah HARIAN (Edisi Kemas Kini) ,

Halaman 85- 86, 92 – 93,
Oleh Dato’ Haron Din, Dato’ Abu Hasan Din & Ishak Din
Penerbit : PTS MELLENNIA SDN BHD
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Persoalan Fikah - Solat Jumaat)







Friday, May 18, 2012

Tahukah Kita Bila Kematian Akan Menjemput Kita? - Artikel 20/2012 - Tarikh : 18 Mei 2012 / 26 Jamadilakhir 1433 H

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu;

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Pulan Anak Si Pulan...
  • Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 
  • Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
  • Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'
Ketika Mayat Diletak Untuk Dimandikan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Pulan Anak Si Pulan...
  • Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
  • Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
  • Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
  • Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara'
Ketika Mayat Siap Di kafan ....
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Pulan Anak Si Pulan...
  • Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha Allah
  • Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
  • Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
  • Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
  • Kini Kau Sedang Bermusafir Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan'
Ketika Mayat Diusung. ...
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Pulan...
  • Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
  • Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
  • Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'
Ketika Mayat Siap Disolatkan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Pulan Anak Si Pulan...
  • Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
  • Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
  • Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk'
Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....
Terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Pulan Anak Si Pulan...
  • Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gelita Di Sini
Wahai Pulan Anak Si Pulan....
  • Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perut Bumi Kau Menangis
  • Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perut Bumi Kau Berduka 
  • Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perut Bumi Kau Bungkam Seribu Bahasa'
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian...
  • Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
  • Kini Kau Tinggal Seorang Diri 
  • Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
  • Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
  • Mereka Pergi Meninggalkanmu..... Seorang Diri
  • Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku 
  • Hari Ini,.... 
  • Akan Kutunjukkan Kepadamu
  • Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam
  • Aku Akan Menyayangimu
  • Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman :

'Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi DiredhaiNya Maka Masuklah Ke Dalam Jemaah Hamba-Hamba- Ku Dan Masuklah Ke Dalam JannahKu'


Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

SUMBER : http://iqt.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/index_article.display.php?cid=81926&idcat=76&page=1&aid=145 
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Tahukah Kita Bila Kematian Akan Menjemput Kita?)

Friday, May 11, 2012

Hidayah Allah - Artikel 20/2012 - Tarikh : 11 Mei 2012 / 19 Jamadilakhir 1433 H

SOALAN 1. Siapakah insan terpilih yang layak mendapat hidayah Allah?

Hidayah Allah SWT sentiasa mendampingi dan menghampiri orang-orang yang mentaati Allah dan RasulNYA dengan melaksanakan setiap suruhan perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Mereka itulah yang diberi nikmat dan rahmat yang berbentuk hidayah ma’unah Allah SWT sebagaimana dinyatakan Allah dalam surah an-Nisa ayat 69, maksudnya :

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNYA, maka (mereka akan ditempatkan di syurga) bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi dan siddiqin dan para syuhada dan orang-orang yang soleh dan itulah sebaik-baik pendamping”

Hidayah dan rahmat Allah amat dekat menghampiri individu-individu yang suka melakukan kebaikan.

SOALAN 2. Siapakah yang jauh dari hidayah Allah?

Hidayah Allah tidak akan dicapai oleh orang-orang yang memilih kekufuran dari keimanan. Hidayah petunjuk Allah tidak akan dikecapi oleh orang-orang yang zalim. Hidayah Allah juga tidak akan menjenguk orang-orang fasik. Justeru mereka sendiri memilih kekufuran, kerana jiwa mereka lebih cenderung kepda kezaliman, lantaran kerana nafsu mereka sendiri suka kepada akhlak peribadi orang-orang fasik iaitu orang-orang yang amat sukar untuk melaksanakan titah perintah Allah SWT.

SOALAN 3. Apakah terdapat amalan untuk terus kekal dalam hidayah Allah?

Ya, sudah pasti ada. Allah SWT berfirman :

“Sesiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepada petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam” (Al-An’am : 125)

Kita memohon kepada Allah SWT agar kita tergolong daripada kalangan orang yang mahu dikekalkan hidayah. Ada beberapa amalan untuk memperoleh hidayah ;

  1. Melazimkan membaca Al-Quran dan menghayati isi kandungannya
  2. Kekal berterusan dalam melakukan ibadah wajib
  3. Melazimkan ibadah sunat seperti solat sunat dan puasa sunat
  4. Melazimkan berzikir kepada Allah SWT
  5. Melazimkan berdoa memohon hidayah daripada Allah SWT
Dengan melaksanakan amalan-amalan ini, insyaAllah kita kekal dalam hidayah, diberkati kehidupan dan tenang menghadapi kesukaran. Beramallah, kerana setiap amal yang dilakukan pasti ada ganjaran di sisi Allah SWT. Seharusnya kita bersyukur diberikan hidayah daripada Allah.

Hidayah adalah milik Allah dan akan diberikan kepada mereka yang Allah SWT kehendaki sahaja. Walaupun Rasulullah SAW mengharapkan Allah SWT kurniakan hidayah kepda bapa saudaranya Abu Talib, Allah perjelaskan di dalam ayatNYA :

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepda sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut peraturanNYA); dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam) ” (Al-Qasas : 5)

SUMBER : MAJALAH Q & A Bil. 1/2012 ISU #01 , Halaman 52 & 84 
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Hidayah Allah)

Friday, May 4, 2012

Akibat Meninggalkan Solat - Artikel 18/2012 - Tarikh : 4 Mei 2012 / 12 Jamadilakhir 1433 H

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah SAW melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah SAW, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah SAW memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah SAW, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah SAW dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah SWT, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah SAW dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah SWT seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkannya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah SWT yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
  1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
  2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
SUMBER : http://myibrah.com/akibat-meninggalkan-solat#more-1575 
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Akibat Meninggalkan Solat)

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…