"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, September 28, 2012

Amalan Sedekah - Artikel 39/2012 - Tarikh : 28 September 2012 / 12 Zulkaedah 1433 H


1. Sedekah Dengan Hati
Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Sabda Rasulullah bermaksud : “Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang tulus, ia berkata : ‘Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat si pulan (golongan yang diber harta dan ilmu).’ Dengan niatnyatersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama” (Riwayat Al-Tirmizi).

2. Sedekah Dengan Lisan
Berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir. Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..” (Riwayat Muslim)

3. Ucapan Yang Baik
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Perkataan yang baik adalah sedekah.” (Riwayat Al-Bukhari). Antara ucapan yang baik ialah memberi salam, mengajak manusia ke arah kebaikan dan menegah daripada kemungkaran, berlemah-lembut sewaktu bercakap dan tidak mengguris hati orang lain.

4. Sedekah Dengan Perbuatan
- Senyuman – Sabda Rasulullah SAW mafhumnya “Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah.” (Riwayat Al-Tirmizi)
- Solat – Solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.
- Puasa Sunat – Juga sedekah untuk diri sendiri.
- Tidak mampu menunaikan haji dan umrah, tetapi inginkan pahalanya? Sabda Rasulullah SAW mafhumnya : “barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti pahala haji. Barang siapa yang keluar untuk solat Dhuha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya sama seperti pahala umrah.” (Riwayat Abu Daud)
- Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya ialah Solat Dhuha dua rakaat setiap hari.
- Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalang di jalan.
- Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.
- Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan dua antara dua orang.
- Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.
- Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat dan membantu orang yang buta.
- Memberi minum kepada sesama makhluk tidak kira sama ada manusia ataupun binatang.
- Mengajarkan ilmu.
- Memberi pinjaman wang atau mengizinkan penangguhan membayar balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang itu.
- Mengajarkan ilmu.
- Menanamkan apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah.


SUMBER : Dipetik dari PENGAJIAN UMUM MASJID PUTRA BERSAMA HALUAN PUTRAJAYA
               Siri 5, Tahun 2012 : 26 Februari 2012 / 4 Rabiul Akhir 1433 H
               Ruangan IBADAH
              Halaman 14-15

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Amalan Sedekah)

Friday, September 21, 2012

4 Jenis Lelaki yang Ditarik Perempuan Ke Neraka - Artikel 38/2012 - Tarikh : 21 September 2012 / 5 Zulkaedah 1433 H

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Maksud Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang Muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang Muslim dengan SYURGA, semua kaum Muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita… Wallahua’lam

SUMBER : http://ustazazhar.com/v01/4-jenis-lelaki-yang-ditarik-perempuan-ke-neraka/
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Empat (4) Jenis Lelaki yang Ditarik Perempuan Ke Neraka)

Friday, September 14, 2012

20 Penyakit Hati Terhadap Allah - Artikel 37/2012 - Tarikh : 14 September 2012 / 27 Syawal 1433 H

  1. Tidak KHUSYUK beribadah
  2. LALAI dari mengingati Allah
  3. Tidak YAKIN kepada Allah
  4. Tidak IKHLAS dengan Allah
  5. Tidak TAKUT pada ANCAMAN Allah
  6. Tidak HARAP pada RAHMAT Allah
  7. Tidak REDHA akan TAKDIR Allah
  8. Tidak PUAS dengan PEMBERIAN Allah
  9. Tidak SABAR atas UJIAN Allah
  10. Tidak BERSYUKUR atas NIKMAT Allah
  11. Tidak TERASA hebatnya Allah
  12. Tidak RINDU dan CINTA pada Allah
  13. Tidak TAWAKAL kepada Allah
  14. Tidak RINDU pada SYURGA
  15. Tidak TAKUT pada NERAKA
  16. GILA pada DUNIA
  17. BUANG MASA dengan sia-sia
  18. TAKUT pada orang atau makhluk lain selain Allah
  19. RIAK dan TAKBUR
  20. GILA pujian dan kemasyhuran

SUMBER : http://pemaniskata.blogspot.com/2012/03/20-penyakit-hati-terhadap-allah.html#axzz20rdNgxq1
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - 20 Penyakit Hati Terhadap Allah)

Friday, September 7, 2012

Law Kan Baynana (Andai Rasulullah Bersama Kita) - Artikel 36/2012 - Tarikh : 7 September 2012 / 20 Syawal 1433 H

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang mendekatinya ia selalu berkata “wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya, kalian akan dipengaruhinya”.

Apa yang dilakukan Rasulullah terhadapnya?

Ternyata setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah melakukannya sehingga menjelang wafat. Setelah kewafatan Rasulullah, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari, Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, yang juga isteri Nabi. “Anakku, masih adakah sunnah baginda Rasul yang belum aku kerjakan?”

Aisyah RA menjawab “wahai ayah, engkau adalah ahli sunah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunah sahaja.”

“Apakah itu?”, tanya Abu Bakar RA “Setiap pagi Rasullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis buta yang berada di sana”, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapa kamu?!!! Kamu bukan orang yang biasa datang memberiku makan” kata si pengemis buta itu “Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah kerana sudah dihaluskan terlebih dahulu”.

Rupanya hari itu si pengemis mendapat perlakuan yang lebih “kasar” dari biasanya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa data padamu, aku adalah salah seorang sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikit pun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia ...”

*** “Sesiapa yang melindungi maruah saudaranya yang Muslim, Allah akan melindungi maruahnya di dunia dan akhirat” Sahih Muslim***

SUMBER : Dipetik dari PENGAJIAN UMUM MASJID PUTRA BERSAMA HALUAN PUTRAJAYA
Siri 4, Tahun 2012 : 19 Februari 2012 / 26 Rabiul Awal 1433 H
Ruangan SEERAH
Halaman 10-11

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Law Kan Baynana [Andai Rasulullah Bersama Kita])

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…