"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Thursday, August 30, 2012

Bentuk-bentuk Akhlak - Artikel 35/2012 - Tarikh : 30 Ogos 2012 / 13 Syawal 1433 H

Bentuk-bentuk Akhlak Dengan Allah
  1. Mengenal Allah dengan yakin.
  2. Merasakan kebesaran Allah.
  3. Merasa takut dengan seksaan Allah.
  4. Merasa sentiasa diawasi Allah.
  5. Merasa rendah diri terhadap Allah.
  6. Meredai setiap takdir dan ketentuan-Nya.
  7. Sabar dengan ujian Allah.
  8. Mencintai Allah lebih daripada yang lain dan selalu mengingati-Nya.
  9. Tawakal kepada Allah dan mengharapkan rahmat-Nya.
  10. Rindu kepada syurga dan pertemuannya dengan Allah.

Bentuk-bentuk Akhlak Kepada Manusia
  1. Mencintainya sebagaimana mencintai dirinya sendiri.
  2. Merasa gembira dengan kegembiraannya begitu pula apabila bersedih.
  3. Mengharap kebaikan buatnya dan terjauh daripada bencana.
  4. Benci terhadap kejahatannya tetapi kasihan terhadapnya dan menasihatinya.
  5. Kebaikannya ditiru, kejelikannya diperbaiki dan dirahsiakan.
  6. Mengenang jasanya dan membalasnya kerana Allah.
  7. Memaafkannya dan sanggup pula meminta maaf.
  8. Berlapang dada dan berbaik sangka dengan manusia.

SUMBER : Dipetik dari Buku “Mak… Abah… Redailah Anakmu” Tips Memenangi Hati Ibu Bapa
Halaman 117 - 118
Oleh : Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamod,
Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Ida Ezyani Othman
Penerbit : Telaga Bitu Sdn Bhd

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Bentuk-bentuk Akhlak)

Friday, August 24, 2012

Duduk Antara Dua Sujud - Artikel 34/2012 - Tarikh : 24 Ogos 2012 / 6 Syawal 1433 H


 SUMBER : http://suraukini.blogspot.com/2010/07/besarnya-makna-doa-yang-kita-lupakan.html

Friday, August 17, 2012

Mohon Perlindungan Azab Kubur Antara Tasyahud Salam - Artikel 33/2012 - Tarikh : 17 Ogos 2012 / 28 Ramadhan 1433 H

Daripada Aisyah, bahawa seorang wanita Yahudi datang menemuinya lalu menyebutkan azab kubur; lalu wanita itu berkata kepada Aisyah : “Semoga Allah melindungimu daripada azab kubur. Aisyah berkata : Maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda : Ya, azab kubur adalah benar. Aisyah berkata : Maka setelah itu aku tidak melihat Rasulullah SAW mengerjakan sesuatu solat melainkan Baginda memohon perlindungan daripada azab kubur”
 
Hadis ini juga mengandungi anjuran berlindung daripada azab kubur dalam solat dan tempat memohon perlindungan antara tasyahud dan salam. Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang daripada kamu berada dalam keadaan tasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa : Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada Mu daripada seksaan neraka jahanam, daripada seksa kubur, daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati serta daripada kejahatan fitnah Almasih At-Tahawiyah, berkata khabar daripada Rasulullah SAW mengenai azab kubur dan nikmatnya, soalan dua malaikat, maka wajib mempercayai serta beriman dengannya.
 
Perkara yang menyelamatkan daripada azab kubur ialah syahid di medan perang. Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang mati syahid beroleh enam perkara di sisi Allah :
 
  1. Diampunkan dosa pada darah yang mula-mula keluar
  2. Diperlihatkan tempatnya dalam syurga
  3. Diselamatkan dari azab kubur
  4. Aman pada hari kebangkitan dari kubur
  5. Diletakkan mahkota kebesaran atas kepala dibuat dari yaqut yang lebih baik dari dunia dan isinya
  6. Dikahwinkan dengan tujuh puluh dua bidadari
  7. Diizinkan memberi syafaat kepada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya.”
 
Berjihad di jalan Allah hingga mati. Daripada Fudhalah Bin ‘Ubaid, dari Rasulullah SAWsabdanya : “Setiap mayat ditutup amalannya melainkan orang yang mati berjuang di jalan Allah, maka sesungguhnya amalannya tetap diterima pahalanya hingga hari kiamat dan aman dari fitnah kubur.”
 
Mati pada hari Jumaat dan malamnya. Daripada Abdullah bin ‘Amru, daripada Nabi SAW sabdanya : “Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat melainkan Allah melindunginya dari fitnah kubur.”
 
Mati dengan sebab penyakit perut. Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dibunuh oleh perutnya maka dia tidak akan diseksa dalam kuburnya.”
 
Amal soleh lain seperti dijelaskan dalam hadis masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Hatim dan ‘sahihnya’ dari Abu Hurairah daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya mayat mendengar bunyi hentakan tapak kasut orang yang menghantarnya ketika mereka meninggalkan kuburnya, jika dia seorang mukmin, solat berada di sisi kepalanya, puasa berada di sebelah kanannya, zakat berada di sebelah kirinya, amalan kebajikan dari sekolah, silaturahim, kebaikan dan ihsan kepada manusia berada di sisi kakinya, lalu didatangi dari sisi kepalanya, maka solat berkata tidak ada di sisiku pintu masuk, kemudian kebajikan dari sedekah, silaturahim, kebaikan dan ihsan kepada manusia berkata : tidak ada di sisi pintu masuk ...”
 
Telah jelas bagimu jalan keselamatan maka berpegang teguhlah dengannya, berjalanlah atas hidayatnya, semoga Allah memberi taufik kepada kita semasa untuk mengerjakan amal soleh.

 

 
SUMBER : BERITA HARIAN
17 JANUARI 2012 (SELASA)
HALAMAN N6

Friday, August 10, 2012

Sepuluh Prinsip Ilmu - Artikel 32/2012 - Tarikh : 10 Ogos 2012 / 21 Ramadhan 1433 H

Kebanyakan ilmu Islam biasanya mempunyai sepuluh prinsip atau sebahagian daripada sepuluh prinsip atau sebahagian daripada sepuluh prinsip yang dipanggil Al-Mabadi’ Al-‘Asyarah (Prinsip Yang Sepuluh).



Biasanya, sebelum membicarakan tajuk-tajuk bagi sesuatu ilmu itu, prinsip inilah yang diperkenalkan sebagai pendahuluan ringkas kepada ilmu yang hendak dipelajari itu. Ia biasanya ditulis pada permulaan kitab terutamanya karangan alim ulama silam.

Sepuluh prinsip itu adalah :


  1. Takrif.
  2. Maudu’ (skop perbincangan).
  3. Faedah.
  4. Kelebihan.
  5. Nisbah (bandingannya dengan ilmu-ilmu lain).
  6. Pelopor (orang yang menyusunnya).
  7. Nama yang diberi kepada ilmu itu.
  8. Sumber ambilan ilmu itu.
  9. Hukum syarak dalam mempelajarinya.
  10. Masalah dan bidang perbincangannya.


SUMBER : MAJALAH Q & A Bil. 3/2012 ISU #03 , Halaman 14

Friday, August 3, 2012

Kisah Cinta Rasulullah Kepada Ibu Bapa - Artikel 31/2012 - Tarikh : 3 Ogos 2012 / 14 Ramadhan 1433 H

Rasulullah SAW sangat mencintai ibu bapanya. Baginda tidak pernah melihat wajah bapanya kerana bapanya meninggal ketika Baginda berusia dua bulan dalam kandungan. Baginda lahir sebagai anak yatim. Ibunya pula meninggal dunia ketika Baginda masih kanak-kanak menjadikan hidup Baginda yatim piatu. Namun, hal itu tidak pernah menyebabkan Baginda lupa bahawa Baginda pernah memiliki ibu bapa.
Apabila menginjak dewasa, Baginda cuba mencari ruang berbakti kepada insan tercinta yang sudah pun dimakan bumi. Rasa kasih dan rasa ingin berbakti mendorong Baginda meminta izin kepada Tuhannya agar diperkenankan sebuah pengampunan kepada ibu bapanya. Tuhan tidak mengizinkan namun masih mengizinkan Baginda berbuat baik kepada mereka dengan menziarahi kuburnya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, dia berkata yang bermaksud :
“ Nabi berziarah ke makam ibunya, lalu Baginda menangis, sehingga menangislah orang yang ada di sekelilingnya. Beliau bersabda : ‘Aku meminta izin kepada Rabbku untuk memohonkan ampunan baginya, namun Dia tidak mengizinkan aku. Aku kemudian meminta izin kepadaNya untuk berziarah ke kuburnya, lalu aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur, kerana sesungguhnya ziarah kubur itu dapat mengingatkan kepada kematian’ ”
Ringkasan Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa
  1. Apabila ibu bapa memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
  2. Anak dilarang memanggil ibu bapanya dengan panggilan nama.
  3. Bercakaplah dengan ibu bapa dengan gelaran yang mulia.
  4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap ibu bapa, jangan sekali-kali mengasarinya atau berlaku biadab.
  5. Sentiasa merendahkan suara apabila bercakap dengan ibu bapa.
  6. Apabila ibu bapa menyuruh untuk melakukan sesuatu, maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
  7. Apabila berjalan bersama mereka, maka anak harus berada di belakangnya.
  8. Apabila ibu bapa memerlukan layanan, maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadangkala ibu bapa tidak berlaku adil antara anak-anaknya.
  9. Sentiasa merendah diri apabila berada di hadapan ibu bapa dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
  10. Apabila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah ibu bapa dan mintalah izin.
  11. Jangan memasuki bilik tidur orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
  12. Apabila kedua-duanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukkan sifat kebencian atau marah kita kepada mereka.
  13. Apabila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus menyediakan sekadar kemampuan.
  14. Apabila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
  15. Setiap kali anda membuatkan mereka berasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal atas keterlanjuran tersebut, serta segera memohon kemaafan.
  16. Jika anda sedang solat sunat, tiba-tiba ibu bapa memanggil maka berhentilah bersolat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara penting.
  17. Anak mestilah rela terhadap ibu bapa sebagaimana ia rela terhadap dirinya sendiri.
  18. Jangan terlalu melebihkan isteri atau anak-anak daripada kedua-dua orang tua.
  19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan keampuanan Allah terhadap ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
  20. Sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat kedua-duanya.
  21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat, maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.

SUMBER :
Dipetik dari Buku “Mak… Abah… Redailah Anakmu”Tips Memenangi Hati Ibu Bapa
Halaman 120 - 123
Oleh : Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamod,
Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Ida Ezyani Othman
Penerbit : Telaga Bitu Sdn Bhd

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…