Tuesday, March 24, 2009
Amalan Bila Bayi Baru Lahir - Artikel 13/2009 - Tarikh : 27 Mac 2009 / 30 Rabiulawal 1430 H
Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).
Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.
`Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.
Mengapa azan?
Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w.
Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.
Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini.
Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.
Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.
---------
Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah `tahnik’, iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata.
Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.
Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.
Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)
Antara sunnah menyambut kelahiran anak ialah mencukur kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan perak seberat timbangan rambutnya itu.
Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah:
Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)
Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.
Begitulah yang terdapat di dalam sunnah.
--------------
Soalan: Berkenaan dengan mencukur kepala bayi. Kebiasaannya di kampung2 ada majlis mencukur kepala yang akan disertakan dengan Marhaban. Ketika berselawat, bayi itu tadi akan dibawa keluar dan digunting sedikit rambutnya. Adakah ini mengikut syariat Islam?
Jawapan: Apa yang saudara sebutkan di atas adalah adat di dalam masyarakat Melayu. Di dalam majlis berkenaan rambut bayi akan digunting sedikit. Jika begini, ia tidak menepati sunnah yang menganjurkan agar mencukurnya. Ramai yang beranggapan bahawa sudah memadai dengan berbuat demikian.
Mengenai majlis kenduri yang diadakan seperti yang disebutkan ada ulamak yang mengatakannya sebagai tidak mengapa, dan tidak kurang juga yang mengatakannya sebagai bid’ah. Perselisihan ini berpunca dari perbezaan masing-masing tentang definasi bid’ah.
Soal mahu mengadakan majlis bercukur seperti yang saudara sebutkan ataupun tidak itu terpulang kepada pendapat yang diikuti. Jika ia dianggap bid’ah, jangan buat. Jika ia dianggap tidak mengapa, terpulang…
Namun yang paling penting ialah melaksanakan sunnah sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
Antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah memberinya nama dengan nama-nama yang baik. Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)
Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.
Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)
Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketiga, dan boleh ada hari ketujuh.
Antara sunah menyambut kelahiran bayi ialah beraqiqah. Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)
Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun begitu berdasarkan pendapat imam Malik bahawa penentuan hari ketujuh seperti yang dilihat pada zahir hadis hanyalah berbentuk anjuran sahaja. Oleh itu, seandainya tidak dapat dilakukan pada hari berkenaan, maka beraqiqah pada hari keempat, kelapan, kesepuluh atau hari berikutnya sudah memadai.
Masalah aqiqah ini telah dibahas oleh ulamak dengan panjang lebar pada bab khusus mengenainya.
Antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah setiap muslim dianjurkan memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira. Firman Allah Taala: Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri sembahyang di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (3:39)
Ibnu Qaiyim al-Jauziyah menyebutkan di dalam Tuhfatul Maudud, dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu: "Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keldai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga ia mencapai masa balighnya."
Begitulah secara asasnya beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi. Sunnah-sunnah ini masih belum terasa janggal untuk diamalkan kerana ramai yang beramal dengannya. Oleh itu, kita juga perlu sama-sama beramal dengannya, semoga ia menjadi sebahagian dari tahap pendidikan ke arah mewujudkan genarasi muslim yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Tuhannya.
SUMBER :
1. Laman Blog Lenggang Kangkung
2. Laman Forum Halaqah
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Amalan Bila Bayi Baru Lahir )
Friday, March 20, 2009
10 Sahabat Dijamin Syurga - Artikel 12/2009 - Tarikh : 20 Mac 2009 / 23 Rabiulawal 1430 H
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah SAW. Selain itu Abu Bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah berduka cita, sesungguh Allah bersama kita”.
Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis.
2. UMAR BIN KHATAB RA.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat di hadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Romawi Timur dapat ditakluknya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah di bekas rumah ‘Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.
3. USMAN BIN AFFAN RA.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. ALI BIN ABI THALIB RA.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Iraq sekarang.
5. THALHAH BIN ABDULLAH RA.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif di setiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah SAW sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal semasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. ZUBAIR BIN AWAAM
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. SA’AD BIN ABI WAQQAS
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan kedua ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. SA’ID BIN ZAID
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk mematahkan gerakan musuh (Quraisy). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. ABDURRAHMAN BIN AUF
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. ABU UBAIDAH BIN JARRAH
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada gelombang kedua demi menyelamatkan akidahnya. Namun kemudian kembali semula untuk menyertai perjuangan bersama Rasulullah SAW. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) kerana penyakit taun, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
SUMBER :
1. Halaqah Online
2. Bingkisan Rohani - Aanajah
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - 10 Sahabat Dijamin Syurga)
Thursday, March 19, 2009
Isteri - isteri Rasulullah SAW - Artikel 11/2009 - Tarikh : 13 Mac 2009 / 16 Rabiulawal 1430 H
Sayyidatina Khadijah adalah seorang perempuan bangsawan Quraisy dan seorang hartawan. Ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, dia berusia 40 tahun dan Baginda ketika itu berusia 25 tahun. Selama bersama Khadijah, Rasulullah SAW tidak pernah berkahwin dengan perempuan lain sehinggalah Khadijah meninggal dunia ketika berusia 65 tahun pada tahun ke 10 kerasulan.
Hasil daripada perkahwinan ini Rasulullah SAW dikurniakan 6 orang anak, dua orang putera dan empat orang puteri.
2. Saudah binti Zam’ah
Sayyidatina Saudah adalah salah seorang perempuan yang terawal yang memeluk Islam. Beliau dan suaminya termasuk dalam rombongan yang diperintahkan Rasulullah SAW berhijrah ke Habsyah. Suaminya Sakram bin 'Amir meninggal dunia sekembalinya mereka dari Habsyah. Bagi melindungi dan menolongnya daripada penderitaan dan fitnah, Rasulullah SAW mengahwininya pada tahun wafatnya Sayyidatina Khadijah.
3. 'Aisyah binti Abu Bakar
Pertunangan Rasulullah SAW dengan Sayyidatina 'Aisyah berlangsung di Makkah setelah sebulan dari perkahwinan Baginda dengan Sayyidatina Saudah dan perkahwinannya pula berlangsung pada tahun pertama Hijrah.
Pada hakikatnya perkahwinan ini adalah atas keinginan ayahanda Sayyidatina 'Aisyah iaitu Abu Bakar, selain untuk memenuhi harapan Rasulullah SAW yang menginginkan adanya seorang wanita yang dapat menyampaikan ajaran-ajaran Baginda. Kenyataannya Sayyidatina 'Aisyah memang seorang yang cepat dan cerdas dalam memahami ajaran-ajaran Rasulullah SAW dan pandai serta ahli tentang hukum-hukum Islam.
4. Hafsah binti Umar
Sayyidatina Hafsah adalah puteri ‘Umar bin Khattab r.a dan juga bekas isteri salah seorang sahabat yang syahid dalam perang Badar. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW, 'Umar pernah menawarkan puterinya itu kepada Abu Bakar r.a dan 'Uthman bin Affan r.a, namun kedua-dua mereka menolak. Maka untuk menggembirakan hati 'Umar, Rasulullah SAW mengahwininya.
5. Zainab binti Khuzaimah
Sejak zaman jahiliah, Zainab terkenal sebagai seorang perempuan yang penyayang, pemurah dan budiman terutama kepada orang-orang miskin sehingga dia mendapat nama julukan "Ummul Masaakin" (ibu orang-orang miskin).
Sayyidatina Zainab adalah isteri Baginda yang keempat sesudah Saudah. Beliau wafat selang beberapa bulan sesudah perkahwinannya dengan Rasulullah SAW.
6. Hindun binti Abi Umaijah
Beliau juga digelar Ummu Salamah kerana mempunyai anak yang bernama Salamah hasil perkahwinannya dengan sahabat 'Abdullah bin 'Abdul Asad yang syahid ketika memimpin suatu petempuran.
Menurut sesetengah riwayat pada waktu Rasulullah SAW melamar Ummu Salamah, beliau menjawab, "Aku ini seorang perempuan yang sudah tua, menjadi ibu kepada anak-anak yatim dan saya sangat cemburu". Kata-kata itu disambut oleh Rasulullah SAW dengan menjawab, "Tentang perkataanmu : aku ini seorang perempuan yang sudah tua, aku jawab : aku lebih tua daripada kamu dan tidak akan tercela seorang yang kahwin dengan seorang laki-laki yang lebih tua daripadanya. Tentang perkataanmu : aku ini menjadi ibu anak-anak yatim, aku jawab : anak-anak yatim itu tanggungan Allah dan RasulNya. Tentang perkataanmu : aku ini seorang perempuan yang sangat cemburu, aku jawab : aku doakan kepada Allah mudah-mudahan Dia melenyapkan sifat yang demikian daripadamu".
7. Zainab binti Jahsy
Zainab adalah bekas isteri Zaid bin Harithah (bekas budak dan merupakan anak angkat Rasulullah SAW). Zaid menceraikan Zainab kerana tidak tahan dengan sikapnya yang sering membanggakan keturunan dan sering merendahkan darjat suaminya.
Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Zainab menghapuskan adat kebiasaan bangsa 'Arab yang menyamakan anak angkat dengan anak sendiri dari segi hak keturunan, hak warisan dan sebagainya. Perkahwinan ini berlangsung pada bulan Zulkaedah tahun ke 5 Hijrah.
8. Juwairiyah binti Harith
Beliau adalah salah seorang dari tawanan perang tentera muslimin dengan Bani Musthaliq, puteri kepada Harith bin Dhirar, ketua suku tersebut. Dia mendapatkan Rasulullah SAW untuk meminta pertolongan agar diperkenankan membayar tebusan untuk dirinya agar dimerdekakan. Baginda bersedia membayar tebusan dan mengahwininya.
Apabila beliau memeluk Islam dan berkahwin dengan Rasulullah SAW, lebih kurang 100 orang tawanan Bani Musthaliq dibebaskan oleh kaum muslimin kerana tidak mahu memperhambakan orang yang mempunyai tali perkahwinan dengan Baginda. Akhirnya mereka yang dibebaskan ini memeluk Islam. 'Aisyah pernah berkata, "Saya belum pernah mengetahui seorang perempuan yang banyak berkat kebaikannya kepada kaumnya lebih dari Juwairiyah".
9. Safiyyah binti Hujaj
Safiyyah adalah anak ketua Yahudi Bani Nadhir, Hujaj bin Akhtab. Beliau turut menjadi salah seorang tawanan dalam penaklukan Kota Khaibar. Suaminya terbunuh dalam peristiwa penaklukan itu. Safiyyah diserahkan kepada Rasulullah SAW, memandangkan dia adalah seorang puteri dari ketua Bani Nadhir. Dia dimerdekakan dan dikahwini oleh Baginda. Perkahwinan ini berlaku ketika tentera muslimin masih berada di Khaibar.
10. Ramlah binti Abu Sufian
Beliau adalah puteri Abu Sufian bin Harb dan isteri Abdullah bin Jahsy, pernah berhijrah ke Habsyah bersama suaminya. Sampai di sana suaminya masuk agama Nasrani dan dia diceraikan. Memandangkan orang tuanya yang masih musyrik dan suaminya yang telah bertukar agama, Rasulullah SAW mengirimkan seorang utusan kepada Raja Najasyi meminta dia meminang Ramlah bagi pihak Baginda. Raja Najasyi sendiri memberikan maskahwinnya. Perkahwinan ini berlaku pada tahun ke 6 Hijrah, ketika itu usia Ramlah lebih kurang 30 tahun. Setelah itu Raja Najasyi mengirimkan Ramlah mengadap Rasulullah SAW di Madinah pada tahun ke 7 hijrah. Dia wafat pada tahun ke 42 Hijrah ketika berusia lebih kurang 60 tahun.
11. Maimunah binti Al-Harits
Sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW, beliau bernama Barrah. Baginda mengahwininya ketika Baginda baru saja selesai mengerjakan "Umrah al Qadha" di Mekah. Perkahwinan dengan Maimunah adalah perkahwinan Rasulullah SAW yang terakhir. Dia wafat pada tahun ke 63 hijrah dalam usia lebih kurang 80 tahun.
SUMBER : Sirah Online
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Isteri-isteri Rasulullah SAW)
Sejarah Ringkas Rasulullah SAW - Artikel 10/2009 - Tarikh : 6 Mac 2009 / 9 Rabiulawal 1430 H
NAMA : Muhammad Bin ‘Abdullah Bin ‘Abdul Muttalib Bin Hashim
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571 M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Ka’abah)
TEMPAT LAHIR : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
NAMA BAPA : ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
PENGASUH PERTAMA : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
IBU SUSU PERTAMA : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
IBU SUSU KEDUA : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SIRAH
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
• Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
SUMBER : Global Information Community - Ehoza.com
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Sejarah Ringkas Rasulullah)
Wednesday, March 18, 2009
Peristiwa Bulan Rabiulawal - Artikel 9/2009 - Tarikh : 27 Februari 2009 / 2 Rabiulawal 1430 H
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan di antaranya ialah:-
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur rasul pada 12 Rabiulawal di setiap tahun sehinggalah sekarang.
2. Pelantikan Nabi menjadi Rasul
Di bulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al- Mukarramah.
3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw di antara tentera Islam dan tentera kuffar. Di antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah sayidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Sayidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman sayidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Sepanyol
Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat
bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Aurat - Artikel 8/2009 - Tarikh : 20 Februari 2009 / 24 Safar 1430 H

Kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab Ayat 59 yang bermaksud : “Hendaklah mereka menutup tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu.”
Bahagian manakah yang boleh diperhatikan?
Rasulullah S.A.W bersabda: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan tangan.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Muka dan Tangan
Rasulullah S.A.W bersabda: “Hai Asma’, sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh (cukup umur), tidak boleh dilihat daripadanya, kecuali ini dan ini sahaja, sambil Rasullullah menunjukkan muka dan tangannya.” (Riwayat Abu Dawud), Baihaqy dan Tharabani. Surah An-Nisaa Ayat 34, Allah SWT berfirman : ‘Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita’
Sepotong ayat dari Surah Al-A’raf ayat 26, Allah S.W.T berfirman: “Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu ialah yang paling baik.”
Muka dan Leher
“Dan tinggallah kamu perempuan di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang Jahilliah yang terdahulu.”
a. Bersolek (Make-up)
b. Menurut Miqtil: Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliah.
Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada mereka.”
Wangian
“Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina.” (Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Kaki (Tumit Kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Surah An-Nur: 31)
a. Menampakkan kaki
b. Menghayunkan atau melenggok mengikut hentakan kaki
Pada siapa aurat boleh dipertontonkan?
“Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila mereka melihat aurat perempuan.” (Surah An-Nur: 31)
KESALAHAN - KESALAHAN DAN CARA PEMAKAIAN YANG BETUL BAGI LELAKI

· Bahagian pusat terdedah
Jumhur fuquha mengatakan aurat lelaki antara pusat dengan Lutut.
Hadis dari riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi,
Nabi S.A.W bersabda: Haram lelaki melihat aurat lelaki di antara pusat dan lutut.
Rujukan kitab AhyatulAhkam jilid 1 m/s 153.
Hadis dari riwayat Darul Qudni dan Albahaiqy, Nabi S.A.W Bersabda: Aurat lelaki di antara pusat dan lutut. Apabila tuan Menikahkan hambanya (orang gaji) maka janganlah ia melihat Daripada atas pusat dan bawah lututnya.
Rujukan kitab Aimulnulmubin jilid 1 m/s 71

KESALAHAN GAMBAR B
· Bahagian peha terdedah
CARA PEMAKAIAN LELAKI YANG DIANJURKAN ISLAM (C,D,E)
· Pakaian lelaki hendaklah longgar sedikit supaya bentuk aurat yang ditutup tidak kelihatan. (Sama juga dengan wanita)· Pakaian lelaki hendaklah tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit bahagian aurat yang ditutup. (Sama juga dengan wanita)
· Pakaian yang dipakai hendaklah dari rekaan yang tidak menarik perhatian bagi mengelakkan diri menunjuk-nunjuk dan digalakkanmerendah diri dalam penampilan dan apa jua keadaan.
· Dari Buraida: Katanya: “Telah melarang Nabi S.A.W bila seseorang berselubung dengan selembar kain dalam solat sehingga dia tidak dapat bergerak, juga Nabi S.A.W melarang seseorang solat dengan memakai seluar tanpa baju.” Riwayat Abu Dawud dan Baihaqy (Ruj. Kitab Fikih Sunnah, Sayid Sabiq, Jilid 1)
KESALAHAN – KESALAHAN CARA PEMAKAIAN BAGI WANITA

KESALAHAN GAMBAR A
· Lengan blaus pendek
· Tidak bersarung kaki
· Kain yang dipakai berbelah di depan (slit)
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barang siapa yang memakai pakaian yang Menjolok mata, maka Allah S.W.T akan Memberikan pakaian kehinaan di hari Akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa’I dan Ibn Majah

KESALAHAN GAMBAR B
· Pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh
· Solekan yang jelas dilihat (lipstik)
Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al ‘Araf:
Ayat 31, bermaksud: “Hai anak Adam, pakailah pakaian mu yang indah di setiap (memasuki) Masjid (*1). Makanlah dan minumlah dan Jangan berlebih-lebih (*2). Sesungguhnya Allah Tidak suka kepada orang yang berlebih-lebih.”
(*1) Setiap kali melakukan ibadah
(*2) Mereka yang melampau batas di dalam cara Berpakaian dan soal makan dan minum
KESALAHAN GAMBAR C
· Tudung tidak menutupi dada
· Tidak bersarung kaki
· Pakaian ketat menampakkan susuk tubuh
· Blaus yang dipakai singkat
“Katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman; hendaklah mereka merendahkan pemandangan mereka dan menjaga kehormatan..” Surah An Nur, ayat 31
SUMBER : PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TUN ABANG HJ OPENG
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Aurat)
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia - Artikel 7/2009 - Tarikh : 13 Februari 2009 / 17 Safar 1430 H
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
Tiket Penerbangan Percuma - Artikel 6/2009 - Tarikh : 6 Februari 2009 / 10 Safar 1430 H
1. Penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi Al-Jenazah.
2. Bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.
3. Bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
4. Pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana.
5. Pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.
6. Visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.
7. Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
8. Layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
9. Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
10. Ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
11. Pegawai imigresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi sama ada Syurga atau Neraka.
12. Tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
13. Lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
14. Destinasi terakhir sama ada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahanam.
15. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.
16. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
17. Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
18. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.
19. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
20. Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ... ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
SUMBER : Laman Web Comuniti Islam - Salam cyber
(Klik Untuk Muat Turn Artikel - Tiket Penerbangan Percuma - Satu Penerbangan...)
Safar - Artikel 5/2009 - Tarikh : 30 Januari 2009 / 3 Safar 1430 H
:: - Kepentingan Berdoa :: - Artikel 4/2009 - Tarikh : 23 Januari 2009 / 26 Muharam 1430 H
1. Allah SWT langsung mengabulkan doanya 2. Allah SWT akan menyimpannya untuk orang tersebut di akhirat 3. Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan dari orang tersebut yang setimpal dengan doanya. ”
Adab-adab Berdoa
1. Menghadap ke kiblat ketika berdoa, mengangkat kedua tangan, mengusap muka dengan kedua belah tangan sesudah mengakhiri doa
4. Memulakan doa dengan memuji Allah dan Rasulnya.
Waktu-waktu mustajab untuk berdoa
1. Tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
10. Doa seorang yang sedang sakit
Membentuk Keluarga Bahagia - Artikel 3/2009 - Tarikh : 16 Januari 2009 / 19 Muharram 1430 H
1. Mengajarkan ilmu agama kepada ahli keluarga secukupnya.
2. Biasakan sembahyang berjemaah bersama mereka.
3. Memohon keampunan untuk mereka.
4. Galakkan dan ajarkan mereka membaca al-Qur'an.
5. Sayangi dan kasihilah mereka.
6. Memberi mereka rezeki yang halal.
7. Luangkan masa bersama mereka.
8. Tidak membenarkan mereka melakukan perkara mungkar.
9. Mengadili mereka dengan cara yang baik.
10. Galakkan mereka agar saling bantu-membantu antara satu sama lain.
11. Ajar mereka agar menjadi se-orang yang pemaaf.
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (al-Qur'an) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Qur'an) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Allah keluarkan mereka dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman dan Islam) yang terang benderang dengan izin-Nya, dan (dengannya juga) Allah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".(Surah al-Maidah: 15-16).
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya mengkhianati amanah itu)". (Surah al-Anfal: 27).
1. Sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak mereka.
2. Membudayakan anak-anak dengan ilmu pengetahuan.
3. Mendisiplinkan anak-anak dengan hidup sihat dan sempurna.
4. Meningkatkan pengetahuan keibubapaan dari masa ke semasa.
5. Menjadikan diri sebagai contoh terbaik kepada anak-anak.
Sebagai kesimpulan, untuk membentuk keluarga bahagia, kita tidak perlu lagi pergi jauh untuk mencari-cari ubat dan penawar kepada masalah tersebut. Kerana sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam yang berjaya membentuk keluarga bahagia itu ialah mereka yang benar-benar mematuhi kalam Allah dan sabda Rasulullah SAW. Justeru itu, siapa yang enggan tunduk kepada kehendak Allah dan Rasul-Nya, maka tidak akan berjaya membahagiakan diri mereka dan orang lain. Firman Allah Maksudnya: "Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, maka dia berada dalam kehidupan yang senang linang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah (neraka) Hawiyah."
Amalan Sunat 10 Muharram - Artikel 2/2009 - Tarikh : 9 Januari 2009 / 12 Muharram 1430 H
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari
40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera
Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmat di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
SUMBER: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html
6 perkara yang Allah sembunyikan - Artikel 1/2009 - Tarikh : 2 Januari 2009 / 5 Muharram 1430 H
6 perkara yang Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu, Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :
“Wahai Tuhan ku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. “Tidak”
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan Ku dan ketinggian Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah Ku”
Kemudian Jibrail as berkata : “Ya Tuhan ku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud : “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...”
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan Mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
”Ya Tuhan ku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepada mu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah SWT telah menyembunyikan redhoNYA dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.
Sumber : http://www.myummahmall.com/v1/2009/02/hello-world/
(Klik untuk muat turun artikel - 6 perkara yang disembunyikan)
Doa Dhuha & Maksudnya
Qasidah Ya Hanana
Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.
Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),
Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.
Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,
Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.
Betapa beruntungnya kami.
Jom Hayati : "Doa Rabitah"
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…
Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…