Pages

Friday, February 24, 2012

Indikator Sifat Ikhlas - Artikel 08/2012 - Tarikh : 24 Februari 2012 / 2 Rabiulakhir 1433 H

Ada beberapa indikator yang menunjukkan seseorang itu mempunyai keikhlasan hati yang sebenar. Antaranya :



  1. Hatinya sentiasa tenggelam dalam mengingati nama Allah, wujudNYA, sifat-sifat keagunganNYa (sifat-sifat Jalal) dan sifat-sifat kesempurnaanNYA (sifat-sifat Jamal).
  2. Tidak memikirkan pahala atau balasan baik.
  3. Semua ibadah yang dilakukan dirasakan datang dari Allah kepada dirinya.
  4. Dirinya menerima ibadah itu sehingga dirasakan semuanya adalah rahsia perbuatan Allah.
  5. Orang tersebut juga berasa tidak ada daya dan kekuatan untuk melakukan apa juga ibadah kecil mahupun yang besar. Tanpa daya dan kekuatan Allah, dia tidak akan dapat berbuat apa-apa.
  6. Semua ibadah yang dilakukan oleh orang tersebut dilakukan sebaik-baiknya.
  7. Orang tersebut juga mampu membalas kejahatan seseorang dengan kebaikan.
  8. Hubungan sosialnya sesama manusia dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.
  9. Harta bendanya dapat diinfakkan mengikut keredhaan Allah.
  10. Orang tersebut juga sentiasa menjaga hukum-hakam Allah.
  11. Sentiasa bersifat warak iaitu apa yang dinamakan warak khusus, iaitu hatinya hanya mahukan Allah, tidak yang lain

SUMBER :
MAJALAH Q & A Bil. 1/ 2012 ISU #01 , Halaman 110
Dr. Jahid Sidek
 (Klik Untuk Muat Turun Artikel - Indikator Sifat Ikhlas)

No comments:

Post a Comment