SUAMI
- Taati dan cintailah Allah & Rasulullah SAW
- Ketahuilah bahawa kamu mendirikan rumah tangga hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah bukan untuk melepaskan nafsu semata-mata
- Nasihatilah isteri mu dengan cara yang baik
- Layanilah isteri mu dengan cara yang baik kerana sebaik-baik di antara kamu adalah orang yang paling lembut terhadap isterinya
- Hiasilah diri mu untuk isteri mu sebagaimana kamu suka ia menghiasi dirinya untuk mu
- Jagalah perasaannya dan janganlah memuji wanita lain di hadapannya dan janganlah mengejinya di hadapan orang lain
- Bertimbang rasalah kamu dan jangan menurut sesuatu yang di luar kemampuan isteri mu
- Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isterinya, seandainya kamu terpaksa elakkan dari pukulan yang menyakitkan
- Janganlah kamu terlalu menurut kemahuan isteri mu kerana ini akan merosakkan akhlaknya dan menjatuhkan kewibawaannya
- Bersabarlah atas sebarang kelemahan isteri mu kerana mungkin kamu membenci sesuatu yang Allah menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya
ISTERI
- Taati dan cintailah Allah & Rasulullah SAW
- Utamakanlah hak suami mu lebih daripada hak-hak yang lain melainkan hak-hak Allah & Rasulullah
- Berpuas hatilah dengan apa jua rezeki yang telah diperolehi oleh suami mu dan saudara maranya
- Sentiasalah bersikap malu dan taat kepada suami mu serta berilah perhatian ketika ia bercakap di samping menghormatinya
- Hiasilah diri mu untuk suami mu
- Hendaklah kamu menjaga perasaan dan maruah suami mu
- Tumpukanlah perhatian kepada kewajipan dan urusan di dalam rumah tangga mu
- Muliakanlah ahli keluarga suami mu dan saudara maranya
- Janganlah merasa bangga terhadap suami mu tentang harta, kecantikan dan keturunan mu
- Janganlah keluar daripada rumah melainkan dengan izin suami mu
No comments:
Post a Comment