"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, June 29, 2012

Majlis Bacaan Yasin, Zikir dan Tahlil di Unit ePerolehan - Artikel 26/2012 - Tarikh : 29 Jun 2012 / 9 Sya'aban 1433 H

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

 
Surah Yasin terdiri daripada 83 ayat mengandungi perkara-perkara mengenai keimanan, cerita Nabi Isa a.s dan lain-lain.

 
Antara fadilatnya adalah ia:
  1. Membacanya seumpama membaca Al-Quran 10kali.
  2. Mendapat keampunan dari Allah Taala.
  3. Boleh meringankan seksaan Ahli Kubur.
  4. Meringankan bebanan orang yang sedang nazak.
  5. Mendapat kebajikan di dunia dan dihilangkan bencana di akhirat serta ditunaikan hajat pembacanya
  6. Termasuk golongan yang mati syahid.
  7. Memudahkan keluar roh dari badan.
Majlis bacaan Yasin di Unit eP diadakan setiap 2 minggu sekali. Alhamdulillah, ramai yang bermurah hati untuk menaja jamuan makan.

 
SUMBER : Pn Norsiah Binti Mohamad ;
               Ketua Biro Agama Kelab eP 2011/2012

Friday, June 22, 2012

Hardware dan Software Solat - Artikel 25/2012 - Tarikh : 22 Jun 2012 / 2 Sya'aban 1433 H

“Bagaimana nak perbaiki solat?”

“Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya.”

“Wah, solat pun ada hardware dan softwarenya?” Dia hampir ketawa. Terkejut dengan istilah yang saya digunakan.

Hardware solat tu tentang rukun fi’li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya.”

Softwarenya?”

“Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.”

“Cari ilmu yang bagaiman?”

Kali ini saya menggeleng-gelengkan kepala. Tapi saya faham dia begitu teruja untuk menyoal. Sikap positifnya mengingatkan saya pada ungkapan : ‘Kalau kita menyoal, kita kelihatan BODOH 5 MINIT, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan BODOH SELAMA-LAMANYA.’

“Cari makna bacaan surah al-Fatihah... bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirannya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul.”

“Oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?”

“Itu pun ya juga. Tetapi itu hanyalah awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu.”

“Kita perlu jaga tujuh anggota sujud kan?”

“Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita ... itu yang lebih penting.”

“Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?”

Saya mengangguk. Saya tegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi’li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.


SUMBER : Dipetik dari Buku “BEDUK DIKETUK”
               Oleh : Pahrol Mohd Joi
               Halaman 14-16
               Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Hardware dan Software Solat)

Friday, June 15, 2012

Biadab - Beradab - Artikel 24/2012 - Tarikh : 15 Jun 2012 / 25 Rejab 1433 H

BIADAB
Mulutnya lancang, katanya tidak bertapis, pandangannya liar dan perlakuannya hancur! Itulah selayaknya dinisbahkan kepada pemilik sikap biadab.
Tanpa adab, tiada tertib. Seolah-olah diri dikuasai syaitan, sikap biadab akan mudah membelenggu. Kawalan hati dan perlakuan itu perlu diiringkan dengan rasional akal agar tiada perkara luar adab yang berlaku.
Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada diri, bersabar dan bertahanlah, bimbang kalau-kalau akan berlaku perlakuan luar adab. Rasulullah SAW menasihatkan, maksudnya : “Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah dia diam.” (Riwayat Ahmad)
“Biadab betul kata-katanya!” Hati siapa yang tidak membara apabila ada yang memberi respons sebegitu. Natijahnya, timbul rasa marah lalu terjadinya percakaran dan pertelagahan antara mereka.
Batasi diri dengan meninggalkan larangan Allah dan lazimi diri dengan mempraktikkan segala suruhan Allah serta ajaran Rasulullah, kelak biadab yang buruk itu mampu ditukar menjadi adab yang baik.

BERADAB
Bersyukurlah kita kerana mendapat didikan Islam. Kesantunan ajaran Islam mengajarkan adab dalam setiap aspek kehidupan seperti adab pergaulan, adab makan, adab berpakaian, adab bertutur dan sebagainya.
Tidak rugi beradab sopan kerana bukan sahaja dapat menenangkan diri sendiri, bahkan orang lain turut sama berlapang dada dengan adab yang ditunjukkan. Lebih daripada itu, Allah menyukai orang yang beradab sopan.
Contoh terbaik yang boleh dicontohi ialah Rasulullah SAW.  Segala ajaran dan adab Islam telah Baginda praktikkan. Allah SWT memuji Baginda dalam firmanNYA yang bermaksud : “Dan sesungguhnya, engkau benar-benar mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam 68 : 4)
“Beradab sungguh dia, saya senang dengannya.” Pasti timbul rasa ketenangan dan keceriaan kepada seseorang apabila dipuji sebegini. Hati yang senang akan membalasnya dengan senyuman. Bahagia.
Aplikasi diri dengan ajaran yang dianjurkan dalam Islam dan hiasi diri dengan adab sopan, moga-moga sahsiah yang terbentuk dalam diri ialah akhlak mulia yang diredhai Allah.

SUMBER : Majalah SOLUSI Isu No. 42 Tahun 2012
               Halaman 9
               Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Biadab - Beradab)

Friday, June 8, 2012

Syarat Wajib Zakat - Artikel 23/2012 - Tarikh : 8 Jun 2012 / 18 Rejab 1433 H

Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat :

Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambil kira untuk zakat.

Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperoleh manfaat daripadanya.

Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3700 (bergantung kepada harga semasa emas).

Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.


Mengapa Wajib Membayar Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Firman Allah S.W.T. dengan bermaksud :
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."

SUMBER : http://www.zakat.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=52&Itemid=66&lang=ms (Untuk paparan terbaik kepada pautan ini gunakan google chrome/mozilla Firefox)(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Syarat Wajib Zakat)

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…