Semua manusia mempunyai azam tetapi untuk mencapai azam, mereka perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat mereka akan tercapai. Maka setiap manusia menentukan kejayaan mereka sendiri dengan menguatkan fokus, dengan mengenal pasti erti hidup pada hari-hari yang kita lalui dan disiplin diri yang telah kita lakukan.
Jika setiap hari kita Berjaya mencapai kejayaan kita tidak akan nampak bahawa kita tidak boleh Berjaya. Tentukan setiap hari efektif dengan apa yang kita lakukan diniatkan kerana Allah dan mencari redhaNya.
Ingatlah 5 perkara :
1. Dosa atau pahala
2. Iman atau nafsu
Dan ingatlah kepada saat kematian, 5 peringkat yang menentukan sakaratul maut bagaimana roh kita keluar, adakah ia keluar secara direntap atau keluar dengan mudah.
Apabila memasuki alam barzakh, taman syurga atau kawah neraka. Bangkit semula di bawah lindungan Arasy atau kepanasan bahang di padang mahsyar. Buku timbangan dapat ke tangan kanan atau tangan kiri. Titian sirat ke syurga atau jatuh ke dalam neraka.
Mulakan dengan memperbaiki hubungan dengan Allah, maka dengan sendiri corak pemikiran kita akan berubah, focus kita akan lebih jelas terhadap kehidupan yang sedang dan akan kita lalui. Maka tiada tahun baru pada orang Islam, yang ada, diri dan jiwa yang akan sentiasa baru dan diperbaharui dalam setiap angka baru. Hidup ini hanya sementara, maka mulakanlah perubahan kepada diri sementara waktu hidup yang ada ini.
TABIAT YANG MENGHAPUSKAN KEBAHAGIAAN
- Merungut
Motto orang merungut : “kesian aku”
- Menyalahkan
Motto orang suka menyalahkan : “bukan salah aku”
- Berasa malu bukan pada tempatnya
Motto orang yang malu bukan pada tempatnya : “semuanya salah saya”
SUMBER : Dipetik dari buku CELIK MATA DAN JIWA , Halaman 49-51
Oleh Prof. Dr Muhaya Hj Muhamad
Penerbit : AsSohwah Enterprise
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Azam)
No comments:
Post a Comment