Alhamdulillah,kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT yang memberikan nikmat Iman dan Islam kepada kita semua, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menjalankan amanah Allah dengan sebaik-baiknya.
Doa adalah permohonan seorang hamba kepada Raabnya (Tuhannya) untuk diberikan perlindungan (inayah) dan pertolongan (ma’unah). Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT, dan ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah SWT.
Doa juga merupakan pujian kepada Allah SWT, dengan menyandarkan seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepada Nya sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “Doa adalah ibadah” . Begitulah pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim. Berdoa diperintahkan dan dianjurkan oleh Allah dan juga Rasulullah SAW.
Maksud Hadis “ Apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu doa kepada Allah yang di dalamnya tidak ada dosa dan pemutusan tali silaturahim,maka Allah SWT akan memberinya satu di antara tiga :
1. Allah SWT langsung mengabulkan doanya 2. Allah SWT akan menyimpannya untuk orang tersebut di akhirat 3. Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan dari orang tersebut yang setimpal dengan doanya. ”
Adab-adab Berdoa
1. Menghadap ke kiblat ketika berdoa, mengangkat kedua tangan, mengusap muka dengan kedua belah tangan sesudah mengakhiri doa

2. Merendahkan suara antara ‘sir’ dan ‘jahar’ antara terdengar atau tidak
3. Bersikap rendah diri khusyuk serta takut.
4. Memulakan doa dengan memuji Allah dan Rasulnya.
Waktu-waktu mustajab untuk berdoa
1. Tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
4. Memulakan doa dengan memuji Allah dan Rasulnya.
Waktu-waktu mustajab untuk berdoa
1. Tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
2. Antara azan dan iqamat
3. Ketika dalam sujud
4. Selepas solat fardu
5. Pada hari Jumaat
6. Pada Hari Arafah
7. Doa pada malam Lailatulqadar
8. Doa ketika hujan turun
9. Ketika hendak berbuka puasa
10. Doa seorang yang sedang sakit
10. Doa seorang yang sedang sakit
SUMBER : Randau Ruai > Kepentingan Berdoa
No comments:
Post a Comment