1. ALAM ROH
Alam di mana setiap manusia berjanji menyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam
2. ALAM RAHIM
Selama 120 hari berada di dalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)
3. ALAM DUNIA
Manusia hidup di dalam satu alam yang amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yang seterusnya. Hidup sehingga 65 tahun-75 tahun
4. ALAM KUBUR
Alam Kubur adalah bersamaan 40 tahun. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia. Hadis Imam At Tirmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka"
5. ALAM MAHSYAR
Alam Mahsyar adalah bersamaan 300 tahun. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun di dunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiup oleh Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.
* Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah / Madinah). Sunat untuk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah sahaja. Haram berniat untuk mati ditempat yg lain.
* Rasullullah s.a.w yang pertama sekali dibangkitkan di mana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Di mana kamu tinggalkan umatku"
* Di dalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan di permulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :
- Muqarrabiin; iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga di peringkat awal
- Abraar; iaitu orang-orang yang baik-baik mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua)
- Fujjaar; iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial)
- Muqarrabiin
- Golongan Kanan
- Golongan Pendusta Yang Sesat.
Bersambung pada artikel akan datang ....
No comments:
Post a Comment