Sayidina Hussin r.a. meriwayatkan bahawa aku bertanya kepada ayah ku Sayidina Ali r.a. : "Bagaimanakah kelakuan Nabi Muhammad SAW ketika baginda bersama dengan orang ramai?" Ali r.a. menjawab, "Nabi Muhammad SAW sentiasa kelihatan ceria. Baginda seorang yang lemah-lembut di dalam perlakuan dan membuatkan orang lain terasa seperti berada di rumah. Percakapan mahupun tingkah laku baginda tidak kasar. Baginda tidak pernah bercakap dengan suara yang tinggi. Baginda juga tidak pernah menyebut perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Baginda bukanlah seorang yang kedekut dan tidak pernah menyalahkan orang lain. Baginda hanya akan menunjukkan
kelainan (rasa kurang senang) kepada perkara-perkara yang baginda tidak sukai dan mengambil sikap berdiam diri. Baginda tidak pernah mengikut hawa nafsu di dalam tiga perkara berikut : bertengkar dengan orang lain, bersikap angkuh, dan membuat sesuatu yang sia-sia." (HR Tarmidzi)
Apabila terbelek pada periwayatan ini, terasa sesuatu yang melantun di sudut hati. Siapakah aku? Layak kah bila aku bertemu dengan Rasulullah nanti dalam keadaan akhlak aku yang sebegini?
Boleh tak kita bayangkan bila mana ketika kita nak membuat satu kemungkaran, atau kita ambil contoh yang ringan, membuang sampah di merata-rata tempat, dan bayangkan ketika tu Rasulullah hadir bersama-sama kita, apakah yang kita rasa? Tika tangan atau pancaindera kita bertindak, bayangkan jika Rasulullah melihatnya. Sanggup kah kita? Malu bukan?"
Penyerapan nilai ihsan kadang-kadang kurang diserapi oleh qalb (hati). Di manakah nilainya yang kita letakkan, berbicaralah dengan iman yang kita miliki. Yazid wa yanqus (bertambah atau berkurang) , kita yang menjadi tangan yang mampu merubah segalanya. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang berusaha untuk mengubahnya.
"Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Rabb-nya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Allah, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, nescaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman." (Ar-Ra'd : ayat 18)
Ya Allah, ku mohon dari Mu kekuatan dan ketabahan dalam mendidik diri ini, dalam mujahadah di perjuangan yang tidak ku ketahui mehnah dan hikmah di sebaliknya. Dengarlah bicara dari taman hatiku ini, Ya Allah. Ku mohon rahmat dan redha Mu Ya Allah. Detik-detik perjalanan ini sudah semakin singkat. Ampunkanlah dosaku dan dosa semua Muslimin dan Muslimat. Redha dan bimbinglah perjalanan ku ini di atas jalan yang Kau redhai. Ku berserah hanya kepada Mu, ya Allah.

No comments:
Post a Comment