Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Saya selalu melakukan maksiat, tolong berikan aku nasihat”.
Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh teruskan melakukan maksiat”.
- “Jika kamu maksiat kepada Allah, jangan makan rezeki-Nya. Lelaki itu seraya berkata, Aku mahu makan dari mana? “Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”. “Ya,” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih pantas kah memakan rezeki-NYA, sementara kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
- “Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal dibumi-Nya!”. Syarat ini membuat lelaki itu kaget setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kau layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kamu melanggar segala larangan-Nya?”. “Ya, Anda benar,” kata lelaki itu.
- Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,”Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam apa? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”. “Nah, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan berlaku maksiat?” kata Ibrahim.
- Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut roh mu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematian ku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'”. Lelaki kembali itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permohonan ku?”. “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak bisa menunda dan mengundurkan datangnya kematian mu, lalu bagaimana engkau bisa lari dari murka Allah?”
- “Baiklah, apa syarat yang kelima?”. Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak menggiring mu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mahu ikut bersamanya”. Perkataan tersebut membuat lelaki itu tersedar. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah,” katanya sambil teresak.
No comments:
Post a Comment