Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Allah Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia. Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit.

Lalu Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikat Ku, dari manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hamba Mu di bumi, mereka bertasbih, takbir, tahlil dan tahmid serta memohon kepada Mu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikat Nya, maka Allah SWT pun berfirman: "Wahai para malaikat Ku, apakah yang mereka minta kepada Ku?" Berkata para malaikat: "Hamba-hamba Mu itu memohon syurga dari Mu." Allah SWT bertanya lagi: "Pernah kah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."
Berfirman Allah SWT: "Hamba-hamba Ku memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "Hamba Mu itu memohon kepada Mu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat lagi: "Pernah kah hamba-hamba Ku melihatkan neraka Ku itu?" Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hamba Ku itu tidak pernah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."
Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hamba Mu itu memohon ampun kepada Mu," Allah SWT berfirman: "Dengarlah wahai para malaikat Ku, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata: "Orang itu pun Ku ampuni, begitu uga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka."
No comments:
Post a Comment