Mengumpat adalah satu perkara yang amat ditegah dan diharamkan di sisi Allah dan Allah meminta hamba-Nya supaya menjauhi perlakuan tersebut. Tetapi malangnya perlakuan ini seolah-olah telah menjadi satu kebiasaan oleh masyarakat masa kini terutama golongan wanita khususnya. Tanpa disedari kesan daripada mengumpat adalah sangat buruk ia adalah kerana ia boleh mencemarkan kehormatan dan keharmonian umat Islam. Allah S.W.T juga telah memberikan amaran ke atas perlakuan mengumpat.
Firman Allah SWT :
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Surah Al-Hujurat Ayat-12)
Maksud Mengumpat Dalam Sabda Rasulullah S.A.W :
"Adakah kamu tahu, apakah yang dikatakan dengan mengumpat itu?" Mereka menjawab, "Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui." Sabda Baginda, ialah kamu menceritakan tentang saudara kamu sesuatu yang dia tidak suka. Ada sahabat yang mengatakan,"Apa pandangan tuan, kalau sekiranya apa yang saya ceritakan itu memang terdapat pada saudara saya itu?." Sabda Baginda, "Sekiranya apa yang kamu katakan itu memang ada pada saudara kamu, bermakna kamu mengumpatnya dan jika tidak ada, bererti kamu membohonginya."

(Sahih, Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis ini dapat difahami bahawa yang dikatakan mengumpat adalah menceritakan tentang perihal saudara anda sesuatu yang dia tidak suka apabila mendengarnya, sama ada yang menyentuh tubuh badan, agama, dunia, diri, akhlak, mahupun bentuk kejadiannya. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk. Antaranya ialah anda menceritakan keaibannya atau meniru sesuatu perbuatannya dengan tujuan mempersendakannya. Malangnya masyarakat masa kini terlalu mengambil ringan di dalam perkara mengumpat ini, walaupun ia adalah sesuatu perkara yang jelek dan buruk di sisi Allah S.W.T. Ini dapat dibuktikan dengan sabda Rasulullah S.A.W :
"Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling rendah sekali dosanya seperti seorang lelaki menyetubuhi ibunya sendiri dan riba yang paling teruk sekali ialah seorang lelaki mencemarkan kehormatan saudaranya sendiri."

(Sahih, Riwayat Al-Tabrani)
Wajib ke atas seseorang yang hadir di dalam sesuatu majlis mencegah perkara mungkar dan mempertahankan saudaranya yang diumpat. Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk
berbuat demikian. Sabda Baginda :
"Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya, Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka, pada hari kiamat kelak."
berbuat demikian. Sabda Baginda :
"Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya, Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka, pada hari kiamat kelak."
(Sahih, Hadis Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment