"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, May 6, 2011

Kaedah Mendapatkan Khusyuk - Artikel 02/2011 - Tarikh : 6 Mei 2011 / 2 Jamadil Akhir 1432 H

Antara kaedah paling utama bagi memperolehi khusyuk dan tanda kesempurnaan kehadiran hati telah tercapai ialah dengan meneliti lima (5) perkara.

Lima perkara mencapai khusyuk :

  1. AL – TAFAHHUM : Memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya

  2. AL – TAKZIM : Merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapan-Nya

  3. AL – HAYBAH : Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan

  4. AL – RAJAK : Mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat anda akan diterima

  5. AL – HAYAK : Berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya

Abu Hurairah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang bagaimana caranya malu kepada Allah itu? Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab : “Kamu berasa malu dengan-Nya, sebagaimana kamu berasa malu kepada lelaki yang soleh dalam kalangan kamu”

USAHA TAMBAHAN MENDAPATKAN KHUSYUK


KAEDAH LUARAN


  1. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan mengkhayalkan pemikiran

  2. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan tumpukan mata ke tempat sujud

  3. Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna-warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah

  4. Mengambil wuduk dengan tenang dan sempurna

  5. Membaca isti’azah ( ) dalam hati ketika terasa minda tidak fokus kepada solat

  6. Jangan solat dalam keadaan terlalu lapar, ingin membuang air kecil atau besar

  7. Meletakkan sutrah penghadang di hadapan tempat solat agar tiada orang yang lalu-lalang di hadapan

  8. Mendirikan sembahyang pada awal waktu supaya tidak gopoh ketika masa hampir luput

  9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah

  10. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja

  11. Jauhi daripada solat di tempat yang bising dan hingar bingar

  12. Menjaga mata daripada melihat perkara yang terlarang oleh Islam

KAEDAH DALAMAN


  1. Lazimkan bertaubat sekerap yang mampu. Sebaik-baiknya sebelum tidur bagi membersihkan hati daripada kotoran dosa

  2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita, serta menganggap solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik

  3. Membaca dengan baik (husnul qari’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat al-Qur’an yang dibacakan itu terutama sekali al-Fatihah, gerakan dan maknanya. Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut difahami oleh orang yang melaksanakannya

  4. Mempelajari tatacara solat berasaskan dalil dan pandangan ulama, agar kita dapat merasakan hampirnya kita dengan Nabi dan dapat merasakan kesempurnaan solat

  5. Menghadirkan rasa sedang berhadapan dengan Tuhan sekalian alam iaitu Allah s.w.t., dan Allah sedang memerhatikan seluruh gerak geri hati dan luaran solat kita

  6. Timbulkan rasa malu (al-Hayak) terhadap Allah s.w.t, rasa takut (khauf) terhadap azab Allah yang pedih

  7. Kumpulkan fikiran kita kepada dosa-dosa yang kita lakukan, walaupun ia dilakukan sewaktu kecil, hinakan diri di hadapan Allah s.w.t., rasakan kita tidak layak sama sekali untuk ke syurga. InsyaAllah ia mampu menitiskan air mata jika dibuat dalam keadaan yang hening dan penuh penghayatan

  8. Berharap serta yakin (optimis) Allah menerima solat dan amal kita

  9. Hati diajak hadir/ikut. Kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati daripada segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat

Walau apapun, syarat khusyuk yang paling utama ialah kemantapan insan dalam diri terhadap Allah s.w.t. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepada-Nya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula daripada khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk dalam sembahyang.

Sayidina Ali k.w.h. telah khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar al-khattab pernah berkata : “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati”.



Kesimpulannya, orang yang takut kepada Penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh Rasul serta khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (Ayat 45-46) yang bermaksud :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk. (Yakni) orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadanya”



Sumber :
Dipetik dari Buku Formula Solat Sempurna
Oleh : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman,
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd,
Halaman 133, 157-159



No comments:

Post a Comment

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…