Hiaskanlah diri anda dengan zikir-zikir ini sekurang-kurangnya 1000 kali sehari, andainya tak terdaya janganlah pula tinggal semua. Berzikir mengingati Allah itu adalah ubat yang paling mujarab untuk jiwa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Berikut amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:
HARI |
ZIKIR HARIAN |
ISNIN |
BACAAN :
MAKSUD :Tidak ada daya upaya untuk menolak sesuatu kemelaratan dan mendatangkan sesuatu kemanfaatan melainkan Allah juga, Tang Maha Tinggi Lagi Maha Agung FADHILAT : Setiap bacaan, Allah memberi pahala sebesar bukit Uhud dan menghindarkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita |
SELASA |
BACAAN : MAKSUD : Ya Allah kurniakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabat FADHILAT : Setiap satu kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun |
RABU |
BACAAN : MAKSUD : Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung yang tiada tuhan selain Nya yang hidup/yang mengurus dan aku bertaubat kepada Nya FADHILAT : Setiap satu kali bacaan, Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati |
KHAMIS |
BACAAN : MAKSUD : Maha Suci Allah Yang Maha Agung FADHILAT : Setiap satu kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga |
JUMAAT |
BACAAN : MAKSUD : Ya Allah FADHILAT : Allah akan memberi ketenangan kepada orang yang membacanya |
SABTU |
BACAAN : MAKSUD : Tiada tuhan melainkan Allah, SendiriNya FADHILAT : Setiap kali kita menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita, dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita |
AHAD |
BACAAN : MAKSUD : Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk FADHILAT : Memperoleh harta yang banyak dan membawa berkat, serta dicintai oleh setiap manusia |
Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.
Sumber :
Dipetik dari Buku Selawat dan Fadilatnya
Oleh : Tuan Haji Khairuddin bin Haji Long,
Penerbit : Assaf Marketing & Trading,
Halaman 29-32
No comments:
Post a Comment