"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, May 25, 2012

Persoalan Fikah - Solat Jumaat - Artikel 21/2012 - Tarikh : 25 Mei 2012 / 4 Rejab 1433 H

SOALAN 1. Apakah erti solat Jumaat?

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat pada hari Jumaat dalam waktu Zuhur, didahului oleh dua khutbah serta mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan

SOALAN 2. Apakah hukum solat Jumaat ke atas umat Islam?

Hukumnya adalah wajib ke atas umat Islam yang lelaki dan tidak uzur. Ini sudah jelas diterangkan di dalam Al-Quran, sunah dan ijmak ulama. Allah menyatakan dalam surah al-Jumuah ayat 9 bermaksud : Wahai orang yang beriman! Apabila diseru bagi solat pada hari Jumaat, kamu perlu segera mengingati Allah dan tinggalkan segala urusan perniagaanmu. Itu adalah lebih baik untuk kamu seandainya kamu mengetahui.

Junjungan besar Nabi Muhammad berkata :

Solat Jumaat adalah kewajipan ke atas setiap individu Muslim supaya berjemaah melainkan empat golongan iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak ataupun orang sakit.

SOALAN 3. Apakah syarat wajib solat Jumaat?
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Sihat tubuh badan
  5. Mastautin ataupun bermukim
  6. Merdeka
SOALAN 4. Apakah syarat sah solat Jumaat?


  1. Perlu dikerjakan dalam waktu Zuhur
  2. Perlu dikerjakan di suatu tempat ataupun binaan tertentu
  3. Perlu dikerjakan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang ahli termasuk imam menurut mazhab Syafie
  4. Perlu didahului oleh dua khutbah
  5. Tidak boleh ada lebih daripada satu solat Jumaat di satu tempat ataupun berhampiran tanpa sebab-sebab yang diharuskan
SOALAN 5. Bilakah waktu yang paling tepat mendirikan solat Jumaat?

Waktu solat Jumaat sama seperti waktu solat Zuhur iaitu bermula daripada gelincir matahari sehingga bayang-banyang sesuatu sama dengannya. Ini bermakna, waktu solat Jumaat dikerjakan dalam waktu Zuhur. Solat Jumaat yang ditunaikan pada awal waktu adalah lebih baik dan lebih utama.

SOALAN 6. Apakah keuzuran yang membolehkan seseorang itu meninggalkan solat Jumaat?

Keuzuran syarak yang membolehkan seseorang itu meninggalkan solat Jumaat :
  1. Sakit, demam dan sebagainya.
  2. Hujan yang menyusahkan perjalanan ke masjid
  3. Tinggal terlalu jauh dari masjid yang menyukarkan perjalanan ke masjid tersebut
  4. Dalam perantauan (musafir)
  5. Menjaga orang sakit yang tiada penjaga
  6. Bimbangkan diri dan harta benda daripada musuh ataupun orang zalim
SOALAN 7. Bagaimanakah kedudukan orang perempuan dengan solat Jumaat?

Solat Jumaat diwajibkan ke atas golongan lelaki sahaja tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kaum perempuan turut serta mendirikan solat Jumaat, bahkan solat mereka sah dan tidak perlu mengulangi solat Zuhur. Tetapi perlu diingat, mereka yang hendak ke masjid perlu berhati-hati dan memelihara diri daripada sebarang perkara yang menimbulkan fitnah serta mereka dilarang menghiasi diri, memakai bau-bauan dan sebagainya semasa ke masjid.
SUMBER :
Dipetik dari buku Dato’ Dr. Haron Din MENJAWAB PERSOALAN fikah HARIAN (Edisi Kemas Kini) ,

Halaman 85- 86, 92 – 93,
Oleh Dato’ Haron Din, Dato’ Abu Hasan Din & Ishak Din
Penerbit : PTS MELLENNIA SDN BHD
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Persoalan Fikah - Solat Jumaat)







No comments:

Post a Comment

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…