Tidak diketahui negeri lain yang mempunyai banyak nama selain dari Mekah dan Madinah, ini disebabkan kedua-duanya merupakan tempat yang paling mulia. Di antara nama-nama bagi negeri Mekah Mukarramah ialah:-
Balad
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini, sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).
Baladul Amin
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Serta negeri (Mekah) yang aman ini.
Khuzaimah bin Thabit bertanya kepada Nabi s.a.w mengenai ayat tersebut lalu baginda menjawab: Mekah.
Baldah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: (Katakanlah wahai Muhammad) Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini.
Bakkah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (untuk beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
Mekah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Di kawasan Mekah, sesudah Dia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Bakkah adalah tempat terletaknya Baitullah, Mekah dan kawasan persekitarannya.
Qaryah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu contoh sebuah negeri.
Mujahid berkata: Maksudnya ialah Mekah.
Masjidilharam
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidilaqsa (di Palestine).
Ma'aad
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.
Ummul Qura
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya.
Makhraja Sidqin
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.
Bassah
Kerana ia membinasakan golongan ateis yang terdapat di dalamnya iaitu menghancurkan dan memusnahkannya.
Basaq
Iaitu si polan itu lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya. Mekah merupakan negeri yang berkedudukan paling tinggi kerana ia membinasakan golongan ateis.
Nama-nama tambahan
Barrah - Ar-Raks - Ar-Ritaj - Sabuhah - Salam - Salah - Tibah - Al-Azra' - Al-Arsyu - Al-Arisy - Al-Arudh - Faran - Al-Muqaddasah - Al-Qadis - Qarbatul Hima - Qarbatul Naml - Tukratul Ghurab - Kutha - Al-Makkatan - Nadir - Al-Wadi - Ummu Rahim - Ummu Ruhm - Ummu Ar-Ruhm - Ummul Rahamat - Ummu Rauh - Ummu Zuhm - Ummu Sabih - Ummu Kutha.
An-Nasah - An-Nasyah
Kerana ia mengeluarkan zionis yang berada di dalamnya, iaitu mengusirnya.
AN-Nassasah
Kerana airnya berkurangan disebabkan terkeluar iaitu kekeringan.

No comments:
Post a Comment