"Di Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan... Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah..."
“Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak…”

Friday, April 9, 2010

Samb... Islam Dan Pemakanan - Artikel 14/2010 - Tarikh : 9 April 2010 / 24 Rabi'ul Akhir 1431 H

BUAH TIIN
BUAH TIIN adalah buah yang paling istimewa di kalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Tiin ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al-Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buah-buahan dan nilai ubatan.
Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat.
Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi “Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin)” dan Sabda Nabi lagi, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata “inilah buahnya” kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.”
Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi-sendi dan juga buasir.
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaannya. (Surah –Tiin) Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

BUAH LABU
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, Maksudnya: "Rasulullah adalah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali disuguhi makanan atau di undang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menyuguhkan buah labu di hadapan beliau karena saya tahu bahawa beliau menyukainya." [HR Ahmad, Darimi, Nasa'i dan Abu Dawud] Syamail Muhammad (edisi terjemahan) ms 101, Telaga Biru.Labu atau nama saintifiknya Momordica Charantia L. juga dikenali dengan nama fukwa di China. Manakala di India ianya dikenali sebagai karela, nigai uri di Jepun, bitter melon di AS dan ampalaya di Filipina. Buah labu mempunyai pelbagai khasiat. Ianya boleh mencegah penyakit diabetes, kolesterol tinggi, sembelit, hipertensi, masalah hati dan juga hempedu. Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati labu sebenarnya boleh meningkatkan produksi sel beta oleh pankreas dan meningkatkan kemampuan tubuh menghasilkan insulin. Manfaat Labu :
  1. Daun : Air rebusan boleh diminum untuk merawat cirit-birit atau demam. Daun boleh ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit atau lebam
  2. Bunga : Air rebusan boleh merawat penyakit kuning
  3. Buah : Buah labu yang direbus boleh merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh diletakkan pada luka kecil seperti terbakar atau luka pisauBiji : Untuk masalah kecacingan pita di kalangan kanak-kanak. Air rebusan boleh melegakan demam atau masalah kesukaran kencing.
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal”.

HABBATUS SAUDA
Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu. Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semula jadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan. Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habatussauda) telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda) ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkan oleh orang Mesir sejak 5000 tahun yang lalu.
Khasiat Habbatus Sauda’ di ketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda; “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)”. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Habbatus Sauda juga dikenali sebagai Jintan Hitam iaitu sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronkitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

SUMBER :

(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Islam dan Pemakanan)

No comments:

Post a Comment

Doa Dhuha & Maksudnya

Qasidah Ya Hanana

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,
Itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,
Menjadi sebutan barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Jom Hayati : "Doa Rabitah"

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…