BUAH ZAITUN
“Demi buah Tinn dan buah Zaitun, demi gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman.” (Surah At Tinn : Ayat 1)
Sepertimana di nyatakan di atas mengenai firman Allah dalam Al-Quran mengenainya, Zaitun juga memberikan impak yang besar dalam dunia kesihatan dan kecantikan. Malah ramai yang memilih minyak zaitun daripada minyak masak yang biasa untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Dinyatakan juga di dalam Al Quran dan As Sunnah akan kelebihannya;
“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang BANYAK MANFAATNYA, (iaitu) pokok Zaitun”. (Surah An Nur : Ayat 35)
Dipesan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;“Gunalah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pokok yang DIBERKATI”. (Riwayat At Tirmidzi Dan Ibnu Majah)
Sepertimana di nyatakan di atas mengenai firman Allah dalam Al-Quran mengenainya, Zaitun juga memberikan impak yang besar dalam dunia kesihatan dan kecantikan. Malah ramai yang memilih minyak zaitun daripada minyak masak yang biasa untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Dinyatakan juga di dalam Al Quran dan As Sunnah akan kelebihannya;
“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang BANYAK MANFAATNYA, (iaitu) pokok Zaitun”. (Surah An Nur : Ayat 35)
Dipesan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;“Gunalah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pokok yang DIBERKATI”. (Riwayat At Tirmidzi Dan Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati” Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolesterol dalam badan.
BUAH KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekali gus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”.Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandungkan, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”. Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barang siapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandungkan, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.Sayidina Ali a.s. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”. kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekali gus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah SWT menyuruh Sayidina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
BUAH DELIMA
Buah Delima Baik untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Sayidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut” Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.
bersambung pada artikel akan datang ...
SUMBER :
1. http://qhazanah.wordpress.com/2009/09/02/buah-zaitun-qhazanah/
2. http://kakungku.blogspot.com/2009/06/sambungan-khasiat-makan-makanan-sunnah.html
3. http://ruhenabdurachman.wordpress.com/2009/07/01/kurma-kismis-madu/
4. http://achiksolehah.wordpress.com/2009/05/06/8-makanan-sunnah/
5. http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-pemakanan-islam.html
6. http://myherba2u.com/index.php?option=com_content&task=view&id=12&Itemid=27
7. http://www.rakanmasjid.com/forum/14-musyawarah-akademik-a-pembangunan-insan/869-bersama-memperjuangkan-sunnah.html?limit=6&start=6
No comments:
Post a Comment