Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26 - “Dan sebutlah nama Tuhan mu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepada Nya dan bertasbihlah kepada Nya pada bahagian yang panjang di malam hari.”
Surah 7: Al A’raf, Ayat 205 - “Dan sebutlah nama Tuhan mu dalam hati mu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
Surah 3: Al Imran Ayat 191 - “Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”
Surah 20 Ta Ha Ayat 14 - “Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selain Ku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.”
Surah 33: Al Ahzab Ayat 21 - “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi mu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.”
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : - “Rasulullah s.a.w bersabda: Allah SWT berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba Ku terhadap Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati Ku. Apabila dia mengingati Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri Ku. Apabila dia mengingati Ku di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.”
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : “Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit.”
Firman Allah :
Allah SWT bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka :“Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab :“Kami datang dari tempat hamba-hamba Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah SWT berfirman :“Apakah yang mereka pohonkan.?”
Para Malaikat menjawab :“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman :“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab:“Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman :“Bagaimanakah agaknya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi:“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”
Allah berfirman :“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab :“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman:“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab :“Belum.”
Allah berfirman :“Bagaimanakah agaknya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata :“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman:“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”
Malaikat berkata lagi :“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”
Allah berfirman :“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”
No comments:
Post a Comment