Love chemistry. Mengapa love chemistry? Bukan love biology ataupun love physics ataupun love psychology? Saya biarkan persoalan ini kepada anda. Perkara utama yang hendak dibicarakan di sini adalah berkenaan cinta, khususnya cinta agung kepada Tuhan. Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan Tuhan, cinta kekal abadi.
Allah terlalu layak untuk dicintai kerana tiadalah kita tanpa Nya. Dia mengizinkan kita “menumpang” di bumi, planet yang dimiliki secara sah oleh Nya. Mengapa mahu dipersoalkan untuk tidak cinta kepada Nya? Sami Yusuf, penyanyi nasyid, dengan penuh yakin selepas mengimbau dan mensyukuri pelbagai nikmat Tuhan, beliau menyoal, “Siapakah yang layak dicintai?”. Kemudian dia menjawab sendiri, “Allah”. Perhatikan bait-bait lagu berikut :
He gave us life
He gave us light
He sent to guide us
Rasula Allah
Allah
Rahmanun Jabbarun Mannanun Tawwabun Karim
Allah
Ghafurun Raufun Saburun Shakurun Halim
[Some of the names of Allah]
Who is the Loved One? Allah
Who is al-Basir? AllahWho is al-Khabir?
He gave us light
He sent to guide us
Rasula Allah
Allah
Rahmanun Jabbarun Mannanun Tawwabun Karim
Allah
Ghafurun Raufun Saburun Shakurun Halim
[Some of the names of Allah]
Who is the Loved One? Allah
Who is al-Basir? AllahWho is al-Khabir?
Menurut Ghazali, antara tanda mencintai Allah adalah mengutamakan Allah berbanding nafsu syahwat yang sering cenderung kepada hiburan dan keseronokan, relaks dan santai. Menurut beliau lagi, syahwat itu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
- Syahwat khinzir : Gelojoh, keji, membazir, hilang malu, riak, rakus, bermuka-muka, dengki, dendam, suka bala menimpa orang lain, kuat makan, kuat seks dan lain-lain
- Syahwat anjing ataupun serigala : Bermegah-megah, bercakap besar, sombong, terpesona dengan diri (ujub), mengejek, menghina, mahukan kejahatan, ingin kekejaman dan lain-lain.
Seterusnya, mencintai Allah termasuk juga mencintai manusia kerana Allah. Dalam hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad berkata, “Ada tiga perkara yang apabila seseorang itu memilikinya akan merasakan kemanisan iman iaitu mencintai Allah dan rasul Nya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan enggan menjadi kafir selepas diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana dia enggan dicampakkan ke dalam api neraka.”
Cinta dan iman tidak dapat dipisahkan, ibarat dunia siber dengan digital. Cinta perlu berlandaskan iman. Manakala, iman pula mampu mencetuskan cinta. Dalam konteks lain, cinta dapat meningkatkan iman sebagaimana nabi berkata dalam sebuah hadis, “Sesiapa yang ingin mendapatkan kelazatan iman, hendaklah ia mencintai individu hanya kerana Allah.”
Jauhilah cinta terlarang, cinta yang dimurkai Tuhan. Benarlah bait sebuah lirik lagu genre nasyid oleh UNIC :
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati …
Berdakwah, memberikan bimbingan, memberi salam dan mendoakan keampunan semua orang Islam dengan ikhlas (sama ada dikenali ataupun tidak) pula adalah antara lambang cintakan umat Islam sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Bukan mudah mencintai manusia kerana Allah. Oleh itu, maharnya cukup mahal sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang direkodkan oleh Abu Daud :
“Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah, ada manusia yang bukan para nabi dan bukan pula syuhada, tetapi para nabi dan syuhada cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat, kerana kedudukannya di sisi Allah.
Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, beritahu kepada kami siapakah mereka itu?’ Rasulullah menjawab, ‘Mereka adalah kumpulan manusia yang saling berkasih sayang kerana Allah bukan kerana hubungan keluarga dan bukan pula kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, sesungguhnya muka mereka bercahaya dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut apabila manusia berasa takut, tidak berdukacita apabila manusia lain berdukacita’.
Rasulullah pun membacakan ayat (bermaksud), ‘Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita’(Surah Yunus : ayat 62) ”
Sumber :
Online dengan Tuhan .. BERHUBUNG DENGAN TUHAN MELALUI TALIAN TANPA WAYAR
Oleh : Zulkifli Khair,
Penerbit : PTS Islamika,
Halaman : 88 – 91
No comments:
Post a Comment