Siapa isteri solehah? Yang jadi penyejuk mata, penghibur hati dan teman yang setia. Tak semua perempuan mampu jadi isteri solehah seperti mana tak semua lelaki adalah lelaki soleh. Bagaimanapun, seperti ketentuan, wanita solehah memanglah untuk lelaki soleh.
Sifat-sifat isteri Solehah:
Sifat-sifat isteri Solehah:
- Membatasi pandangan hanya kepada suami. Dia puas dengannya dan tidak memandang selainnya, tidak membanding-bandingkannya dengan orang lain serta tidak mengharapkan perhatian daripada orang lain selain daripada suaminya.
- Membataskan aktiviti-aktiviti hariannya di rumah menghadkan masa di luar rumah kecuali jika ada syarak menghalalkan dia berbuat demikian.
- Bersegera meminta maaf meskipun dirinya dizalimi sabda Rasulullah SAW; 'Mahukah engkau aku beritahu mengenai isteri-isteri yang menjadi ahli syurga? Merekalah yang penuh kasih, subur dan suka meminta maaf. Iaitu isteri yang jika dizalimi dia berkata 'Inilah tanganku ada ditanganmu. Aku tidak akan tidur sehingga engkau redha kepadaku.' (H.R An-Nasa'ie)
- Memenuhi hak-hak suami dengan baik, mengasuh dan mendidik anak-anak dengan baik serta memenuhi hak kedua-duanya dengan baik.
- Berusahalah supaya sentiasa tampil menarik setiap masa. Penampilannya cantik, aromanya wangi, tutur katanya lembut dan memikat dan baik tingkah lakunya.
- Berusaha untuk tidak memperlihatkan hal-hal yang tidak disukai suaminya. Isteri yang pintar tidak akan memperlihatkan darah haid atau nifas, tidak muntah, tidak membuang air kecil atau besar dihadpan suaminya, dengan alasan tidak perlu malu-malu dihadapan suaminya lagi. Boleh jadi semua perbuatan sebegitu tidak disukai oleh suaminya.
- Menghindari perkara-perkara yang boleh merosakkan penampilannya sebagai seorang wanita yang cantik kerana wanita diciptakan untuk berhias cantik.
- Memberikan penghormatan kepada suami dengan sesuatu yang membahagiakan dan menyenangkan hatinya.
- Pandai memasak serta pandai menjaga kebersihan diri, anak-anak dan rumahtangga.
- Cerdas dan cermat dalam bertindak, berbicara dan meminta.
- Sabar, berani dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab dalam rumahtangga.
- Menghantar suami ke depan pintu setiap kali suami berangkat ke tempat kerja, menyambutnya setiap kali dia pulang. Berterima kasih di atas pemberiannya dan selalu mendoakan kebaikan kepadanya.
No comments:
Post a Comment