- Tempat Pembuangan najis atau tempat najis
- Tempat Penyembelihan binatang, bagi mengelakkan najis binatang
- Kawasan perkuburan, bagi mengelakkan najis dan menghadap kubur
- Di tengah-tengah jalan raya kerana hati akan sentiasa sibukkan orang dan kenderaan yang lalu lalang
- Bilik air, kerana ia tempat perlindungan syaitan
- Tempat perteduhan binatang, kerana baunya yang kuat akan mengganggu solat
- Di atas Kaabah
Secara ringkasnya, berikut ialah syarat sah solat :
- Beragama Islam
- Baligh
- Suci daripada hadas
- Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat
- Menutup aurat. Aurat bagi wanita, seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tapak tangannya. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut
- Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan
- Menghadap ke arah kiblat
Rukun Solat menurut mazhab Syafie :
- Niat
- Takbiratulihram
- Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardu dan bagi yang tidak berkuasa disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat
- Membaca surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat
- Rukuk dengan tamakninah
- Iktidal dengan tamakninah
- Sujud dua kali dengan tamakninah
- Duduk antara dua sujud dengan tamakninah
- Duduk tasyahud akhir dengan tamakninah
- Membaca tasyahud akhir
- Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir
- Membaca salam yang pertama
- Tertib, ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut
Menurut mazhab Syafie dan lain-lainnya, perkara yang membatalkan solat adalah seperti di bawah :
- Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
- Berlaku hadas kecil dan hadas besar
- Terkena najis secara langsung yang tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian atau tempat solat
- Berkata-kata dengan percakapan luar solat, dengan 2 perkataan yang boleh difahami
- Terbuka auratnya dengan sengaja sehingga kelihatan ¼ daripada anggota wuduknya. Walau bagaimanapun, sekiranya dengan pantas is menutupnya kembali, maka tidak membatalkan solat menurut mazhab Syafie dan mazhab Hanbali
- Makan minum, walaupun hanya sedikit kerana ia bertentangan dengan sifat solat. Solat juga batal jika makan dengan banyak, walaupun dalam keadaan terlupa. Demikian menurut mazhab Syafie dan mazhab Hanbali
- Mengubah niat ketika sedang bersolat, misalnya niat memutuskan solat
- Bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali seperti melangkah atau berjalan. Demikian menurut mazhab Syafie. Maksud “berturut-turut” ialah apabila dikira setiap satu pergerakan terpisah dengan yang lain. Bagaimanapun, pergerakan sedikit tidak membatalkan solat berdalilkan kepada tindakan Nabi s.a.w yang pernah membuka pintu untuk Aisyah semasa Baginda sedang solat.
Baginda pernah juga mendukung cucunya bernama Umamah, yang mana semasa solat, Nabi s.a.w. meletakkannya di tepi ketika sedang sujud dan apabila ingin bangkit berdiri, Nabi s.a.w kembali mendukungnya (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) - Membelakangi kiblat. Menukarkan arah dada dari kiblat tanpa uzur yang kuat, menurut Hanafi dan Syafie. Maliki mempunyai pandangan lain.
- Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud
- Tertawa terbahak-bahak. Senyum tidak membatalkan solat
- Mendahului imamnya
- Murtad (terkeluar daripada agama Islam)
Sumber :
Dipetik dari Buku FORMULA SOLAT SEMPURNA ,
Oleh : Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman,
Penerbit : Telaga Biru,
Halaman : 9-14
No comments:
Post a Comment