- Hatinya sentiasa tenggelam dalam mengingati nama Allah, wujudNYA, sifat-sifat keagunganNYa (sifat-sifat Jalal) dan sifat-sifat kesempurnaanNYA (sifat-sifat Jamal).
- Tidak memikirkan pahala atau balasan baik.
- Semua ibadah yang dilakukan dirasakan datang dari Allah kepada dirinya.
- Dirinya menerima ibadah itu sehingga dirasakan semuanya adalah rahsia perbuatan Allah.
- Orang tersebut juga berasa tidak ada daya dan kekuatan untuk melakukan apa juga ibadah kecil mahupun yang besar. Tanpa daya dan kekuatan Allah, dia tidak akan dapat berbuat apa-apa.
- Semua ibadah yang dilakukan oleh orang tersebut dilakukan sebaik-baiknya.
- Orang tersebut juga mampu membalas kejahatan seseorang dengan kebaikan.
- Hubungan sosialnya sesama manusia dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.
- Harta bendanya dapat diinfakkan mengikut keredhaan Allah.
- Orang tersebut juga sentiasa menjaga hukum-hakam Allah.
- Sentiasa bersifat warak iaitu apa yang dinamakan warak khusus, iaitu hatinya hanya mahukan Allah, tidak yang lain
SUMBER :
MAJALAH Q & A Bil. 1/ 2012 ISU #01 , Halaman 110
Dr. Jahid Sidek
(Klik Untuk Muat Turun Artikel - Indikator Sifat Ikhlas)
No comments:
Post a Comment